kat penang ni ada beberapa jalan lereng bukit yang agak bahaya. antaranya jalan dari teluk bahang menghala ke balik pulau. aku pernah cerita pasal jalan ni dalan entri Jalan Teluk Bahang : "Canyon" NFS Carbon.

jalan ni memang feveret aku. kalau naik moto kat jalan ni, badan memang tak akan straight. kejap senget kekiri, kejap sengat kekanan. 'layan korner'. tapi orang kata jalan tu memang keras.

member aku kata, kalau lalu jalan tu malam-malam dengan moto, sila 'kepak' (terbalikkan) side mirror. pertamanya sebab memang korang tak akan guna pun side mirror tu nak tengok kat belakang sbb tak ramai orang lalu.

sebab kedua kenapa kena terbalikkan side mirror, sebab takut nanti masa tengok kat belakang, takut ternampak ada 'benda' kejar.. hehehe..

aku ingat member aku tu bergurau je. kemudian aku terbaca kisah hantu kapcai tak ada kepala ni kat jalan tu.


Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala


Pada tahun 90 an heboh sebuah cerita kononnya ada hantu bawa moto tak ada kepala di jalan Balik pulau-Teluk bahang (penang) membabitkan sebuah motosikal dan jenis motosikal yang ditunggangi ialah honda C70 atau moto Kapchai ,

Kisah moto Kapchai ini bermula apabila ada mat moto a.k.a Abg tanjung sedang berlumba dan tiba-tiba hantu mat Kapchai ini akan berada di depan mereka dengan berpura-pura menuju lurus tapi sebenarnya jalan conner dan mereka yang sedang berlumba itu turut menekori motosikal Kapchai itu di belakang namun sebernanya telah ditipu oleh hantu kapchai itu dan mereka yang mengejar mat kapchai itu terus terjunam ke dalam gaung. mungkin ada yang mati wallahu a'lam..

Sebenarnya Hantu Mat kapchai ini mati terbunuh sewaktu berlumba di situ pada masa dulu apabila kawannya yang berdendam telah menolak dia ke dalam gaung dan kemungkinan mat kapchai ingin membuat perkara yang sama seperti yang dia alami dulu yakni membalas dendam pada mat moto yang lain terutama yang sedang berlumba di jalan itu.

Cerita hantu Kapchai ini tersebar apabila beberapa orang mengalami pengalaman seperti ada orang menolak moto dan bila ingin menhulurkan bantuan tiada wajah kelihatan hanya helmet saja, ada setengah penduduk di situ berkata bahwa cerita itu sengaja direka kerana mahu takutkan mat moto supaya tidak berlumba lagi, walaubagaimanapun cerita ini memang wujud sebab dari pengalaman mat moto yang berlumba dan buah mulut orang ramai bahwa mereka yakin memang penah ada mat moto kapchai tanpa kepala di kawasan terbabit.

sumber : 
Kelab Melayu Pulau Pinang. (2013 Nov. 21). Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala. Facebook Timeline Photo. Dipetik dari : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151849152327408