sebenarnya, sejak dari aku tahun dua di usm ni lagi aku dah tahu kewujudan BE ni. BE ni bukan "buffered earning" dari nuffnang yer, tapi bio-Equivalence study. jadi "tikus makmal" test ubat baru. kalau nak tahu lebih lanjut, lihat entry ini : Apa itu Bio-Equivalence (BE) study


join BE study dapat duit


ramai member aku yang dah join. sebab utama, nak cari duit. yup, join BE dapat duit, bergantung kepada bilangan hari korang kena stay kat sana. selalunya, kalau dalam 1 hari 2 malam (jumaat malam - ahad pagi) sebanyak 2 kali (selang 1 minggu) boleh dapat dalam RM 500-800 lebih macam tu la, bergantung jugak kepada jenis ubat yang korang test.

dengan syarat, tubuh badan kena sihat, semua medical check up kena normal. contohnya ujian darah, ujian air kencing, ECG (electrocardiograph), tekanan darah, BMI (body-mass index) dan sebagainya.

kenapa aku join BE study?


tapi, dulu aku tak teringin pun nak join. sekarang baru nak try. sebab yang pertama, dulu duit tak terdesak macam sekarang. bila extend, biasiswa pun tak tentu. sekarang aku nak makan pun, sep bajet. sebab tu entri "makan2 penang" dah stop kejap.

sebab kedua, aku rasa sekarang ni phobia jarum aku dah berkurang. heheh.. yer la, banyak kali nak kena cucuk ambik darah. dulu aku phobia sikit cucuk-cucuk ni. sekarang dah okay sikit kot..



melawan phobia jarum

entri berkaitan : Phobia | hadapinya



maa'ssalamah,
Pha is


anda mungkin juga meminati : 
party untuk student university anjuran U.O.X.. habis la rosak budak2 U kita...
jom jana pendapatan dengan IklanSticky.
3 jenama rokok yang tak sah. tak bermakna 3 jenama ni je yg tak halal yer...