dalam entri "jawapan kenapa aku masuk wad" yang lalu, aku terbaca komen saudari +Aefa Aerisya yang kata duduk kat dalam wad mesti boring.








sebenarnya, tak de la boring sangat pun. sebabnya, aku boleh bawak laptop. online dan blogwalking. dan disebabkan internet agak okay, aku siap banyak download movie lagi dalam tu.

selain tu, kat sana ada macam-macam aktiviti yang boleh buat. tak de la baring atas katil saja. antaranya, boleh tengok movie kat "ruang tamu" main game xbox 360, tak pun main game carom, pastu belajar main mahjong dengan staf chinese yang jaga kami tu. pendek kata, ada banyak game indoor kat situ.

bilik santai

main xbox 360

bilik study

mewarna. senang je, atas kanvas tu dah ada lukis siap dah beserta kod kaler yang kena letak. kami cuma mewarnakan je.. (sumber**)

aktiviti pakai mask. aku pun paksa-rela kena buat jugak.(sumber**)

makan pun boleh tahan. makan free la katakan.. cuma cara makan je macam duk dalam penjara sikit. timing masa untuk makan kena betol. mesti tepat. contohnya, aku setiap kali pukul 12.03 tgh hari baru boleh makan luch. tak boleh cepat walaupun seminit. nak bagi result kajian ni dalam keadaan terkawal.

dengan pinggan besi, memang rasa macam duduk kat penjara. 

hari last. bersarap dengan kfc...!

sumber** : 
BEetle Link, Info Kinetics facebook page: https://www.facebook.com/beetlelink 

maa'ssalamah,
Pha is