malam tadi aku excited kejap bila dapat tahu yang ada khabar angin mengatakan lepas raya cina nanti, yamaha xj6f bakal masuk pasaran malaysia. maka, nanti xj6 akan keluar dengan 3 variasi la. yamaha xj6 diversion, yamaha xj6n (naked) dan yamaha xj6f (full fairing).

bila difikirkan balik, motosikal yamaha xj6 ni tak ubah macam budak-budak perempuan zaman sekarang. kalau tak percaya, meh aku nak tunjuk contoh. tapi, ini sekadar perumpamaan.. gurau-gurau je. jangan ambik hati yer...

yamaha xj6 diversion

yamaha xj6 diversion 

yamaha xj6 diversion. dari nama dia pun dah dapat agak, "dua versi" kalau di-translate-kan. enjin naked, tapi kepala ada fairing. separuh naked, separuh sport. ibarat macam perempuan pakai tudung kat kepala, tapi "enjin" terdedah. 

yamaha xj6n

naked bike
yamaha xj6n

yamaha xj6n. n untuk naked (terlanjang). tiada fairing sistem. dengan bangganya menunjukkan semua aset yang dia ada. terdedah dan sexy. tapi aku lagi suka motosikal jenis naked bike ni. tapi untuk motosikal je la. korang jangan pikir benda lain pulak.

yamaha xj6f


full fairing system
yamaha xj6f

yamaha xj6f. full fairing sistem. motosikal jenis ni ibarat perempuan muslimah. menutup aurat dengan sempurna. motosikal jenis ni lebih stabil untuk kelajuan tinggi. perempuan jenis ni lebih stabil untuk jangka masa panjang (buat bini). hehehe.. 


so, apa pendapat korang?


**harap maaf. tiada gambar wanita untuk dijadikan contoh. hanya gambar motosikal sahaja yang boleh digunakan sebagai bahan rujukan.


maa'ssalamah,
Pha is