antara hobi aku ialah pergi ke laman mudah.my, tengok barang-barang yang dijual disitu. tak beli pun, sekadar "window shopping". antara barang yang selalu aku ushar termasuklah kamera, superbike, dan spare parts racing untuk moto wave aku tu.

bagi aku, mudah.my ni sangat berguna terutamanya kalau nak tahu harga pasaran semasa sebuah produk. so, kalau tak beli pun, at leat dah boleh mula target nak buat simpanan untuk beli. contohnya, yamaha xj6.

tapi tadi aku terjumpa satu iklan yang sangat sedih. serius sedih. seorang bro ni, nak jual moto kawasaki z800 beliau yang baru dibeli bulan 4 tahun ni. baru lagi tu. bayar ansuran pun tak habis lagi. sebab dia nak jual adalah kerana nak kahwin!


serius sedih aku baca. hehehe... beliau sanggup menggadaikan mengorbankan motosikal kawasaki z800 semata-mata demi bakal isteri tercinta. besar kot pengorbanan tu. huh, kalau si bakal isteri tu tak hargai beliau lagi, tak tahu la.

aku pun sekarang dilema jugak. antara beli moto dulu, atau kahwin dulu. tengoklah, kalau 'berjaya' jumpa calon dulu, kahwin dulu la kot. tapi kalau berjaya kumpul duit dulu dan masih lagi forever alone, moto dulu la. first come first serve! hehehe..


hmm....

maa'ssalamah,
Pha is