Cuti semester ni, baru aku berkesempatan tengok cerita bersiri ‘House’. Cerita yang boleh tahan best-nya, dan sangat sesuai bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perubatan macam aku ni.



Dalam cerita tu, aku rasa Dr. Gregory House (watak utama) sangat cool sebab 2 perkara. Pertama, walaupun dia cripple, dia naik superbike. Kedua, dia pakai tongkat.!

Bagi aku, semenjak aku kecik lagi, aku rasa pakai tongkat itu sangat cool. Konon macam orang-orang bangsawan kat eropah sekitar kurun ke-17 hingga kurun ke-18 la.


Dan memang kalau boleh, aku nak bertongkat bila dah tua nanti. Lagi best kalau ada ‘swordstick’. Tongkat yang dalamnya ada pedang. Sangat badass..


Tapi, tahukah korang, bertongkat juga merupakan salah satu sunnah nabi? Sepertimana kata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu yang bermaksud:

"Bertumpu kepada tongkat termasuk akhlak para Nabi, dan adalah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri bertumpu kepada tongkat.".


Sebab tu kalau korang perasan, ada ulama’ yang bertongkat. Diriwayatkan bahawa Imam Syafi’e Radhiallahu ‘Anhu setelah mencapai umur empat puluh tahun, beliaupun berjalan dengan tongkat sepotong kayu. Apabila ditanya sebab beliau berbuat demikian, beliau berkata:

"Biarlah aku senantiasa ingat bahawa aku ini kini sedang berjalan menuju ke akhirat".   


rujukan : 
1. Kasturi Puteh, (2009). BERTONGKAT sunnah para Nabi. dipetik dari http://kasturiputeh.blogspot.com/2009/04/bertongkat-sunnah-para-nabi.html
2. wikipedia : swordstick. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Cane_sword
3. wikipedia : walking stick. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Walking_stick

p/s : bagi yang belum baca, ini wishlist aku no.1, no. 2, no. 3, dan no. 4

maa'ssalamah,
Pha is