Kali ni, aku nak bagi 1 analogi. analogi yang aku terfikir bila aku tengok cerita batman.


aku minat filem batman. Oleh kerana minatnya aku akan cerita tu, aku selalu tengok cerita tu berulang-ulang tanpa jemu. Sampai dah tak terkira lagi berapa banyak dah aku ulang tengok cerita yang sama.

Setiap kali aku tengok, aku mesti terpukau dengan ke-ohsem-an aksi dan jalan cerita yang terdapat dalam filem tu. Aku ulang tengok cerita tu sampai dah boleh hafal skrip. Sampai aku boleh ajuk setiap dialog yang terdapat dalam tu.

Favourite aku, diolog dan suara bane dalam the dark knight rises. Epic!

Tapi, bila sampai 1 tahap, bila dah banyak kali sangat ulang tengok, aku mula perasan akan kelemahan dan kesilapan yang terdapat dalam filem tu. Makin lama, 1 demi 1 kesilapan yang terdapat dalam filem batman ni yang mula aku sedar.


Adakah kesilapan-kesilapan ini akan membuatkan minat aku terhadap batman berkurangan? Tak mungkin!

Macam tu jugak la dengan manusia. Bila kita selalu bersama dengan seseorang, semakin lama kita kenal, semakin jauh kita menjalinkan ikatan, semakin banyak kelemahan beliau yang kita akan mula sedar.

Tapi, adakah kelemahan tersebut akan memisahkan ikatan yang telah dibina?


maa'ssalamah,
Pha is