10.7.13

Semoga Mak Cepat Sembuh

terasa nak update malam ni setelah rasa blog ni dah mula bersawang. (walaupun baru seminggu je tak update) sekarang aku sudahpun cuti panjang. cuti sidang. so, duk rumah tak ada internet. tak leh la nak online selalu. ni pun pinjam broadband adik.

tambah pulak, minggu ni aku agak sibok sikit. asyik ulang alik ke hospital. mak aku masuk ward mulai hari ahad lepas. hari selasa baru ni, mak aku jalani pembedahan buang ketumbuhan. Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. sekarang cuma nak tunggu bagi stabil je.

sebagai student farmasi, tak banyak yang aku boleh tolong mak kat ward. tak macam adik aku yang student nurse. aku tengok dia dah macam nurse peribadi mak aku. alatan dalam ward tu semua dia tau. last2 aku yang banyak tanya dia.

sebagai seorang bakal ahli farmasi, pengajaran yang aku dapat dari adik aku ialah jangan pernah pandang rendah dekat nurse.!

aku fobia sebenarnya bila ada ahli keluarga aku yang masuk hospital, terutamanya masa bulan Ramadhan. ayah aku dulu pergi meninggalkan kami 12 tahun yang lalu masa bulan ramadhan. tahun lepas, tok wan aku pun pergi meninggalkan kami dalam bulan ramadhan.

tapi, Alhamdulillah, mak aku selamat. harap semuanya kembali seperti sedia kala. ameen...

p/s : panduan pengambilan ubat ketika berpuasa

salam Ramadhan,
Pha is

38 comments:

  1. Semoga sihat2 saja mak pha is. Zue nak tanya sikit lah. Kalau sakit gigi kan, better ambil paracetamol atau aspirin? Mana yang lebih bahaya, mana yang lebih mujarab? Kalau boleh memang nak elak tapi sakit sangat. tq in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi mujarab, dua-dua ubat tu tak banyak beza sangat. cuma berbanding paracetamol, pengambilan aspirin akan mengakibatkan lebih banyak komplikasi.

      aspirin boleh menyebabkan iritasi pada dinding perut. (kena ambil selepas makan) tambahan pula, aspirin tidak boleh diberikan kepada kanak2 16 tahun kebawah. selain kesan anelgasic, aspirin ada kesan pencairan darah (ideal untuk mereka yang ada sakit jantung dan stroke) tapi akan ada possibility wujud komplikasi yang lain, contohnya pendarahan dalaman.

      paracetamol pulak, relatively selamat jika dibandingkan dengan aspirin. tapi, secara amnya, mana-mana ubat sekalipun, jika diambil berlebihan tanpa nasihat Dr atau ahli farmasi, memang akan bahaya. pastikan ambil ikut aturan yang betul. contohnya untuk paracetamol, jangan melebihi 8 biji sehari (kalau tablet 500mg)

      kalau sakit lagi, sila berjumpa dengan Dr atau ahli farmasi berdekatan anda.. hehehe...

      Delete
  2. semoga mak awak cepat sembuh yer...ameen...

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya akan kembali sediakala...Insyaallah mak anda akan sihat semula, bertuah ada anak yg jadi nurse, boleh jaga selalu...
    Sabar dan bykkan berdoa.

    ReplyDelete
  4. Semoga mak kamu cepat sembuh.....sabar ye banyak kan berdoa :)

    ReplyDelete
  5. semoga mak pha is cepat sembuh..aamiin

    ReplyDelete
  6. moga mak pha is cepat sembuh hendakNYA dan dapat bersama-sama memeriahkan bulan Ramadhan kali ni.. ;)

    ReplyDelete
  7. moga mak pha is cepat sembuh....bagus la ada adik nurse....dia bleh jga mak dengan lebih details....kitorg xde lgsg nurse ke doktor ke ahli farmasi ke...semua sbuk nak jdik engineer jerk...

    ReplyDelete
  8. Pha Is,

    Alhamdulillah, mak selamat...
    buat baik kepada mak pun ibadat juga..

    Semoga bertambah ibadat di bulan puasa ni ye Pha Is

    ReplyDelete
  9. semoga mak kamu cepat sembuh yea..InshaAllah..
    haa memang pun jgn pandang rendah pada nurse.mereka juga belajar.mereka tahu apa yg mereka patut tahuuu.. :) student farmasi pun apa kurangnya..semua pun hebatlah dalam bidang masing2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen..
      yup.. setiap org ada tugas masing2...

      Delete
  10. Pss....xla....rietta pkai kitlens jerr....tapi background blakang dia mmg jauh....sebab tu gmbar blakang bokeh dia nmpak ketara sket....

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. sbb tengok gambar tu bokeh kaw2 je.. igtkan lens F/1.8..

      Delete
  11. InsyaAllah cepat sembuh..
    doa banyak2

    ReplyDelete
  12. semoga mak awk dalam keadaan sihat ye..amin

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah, mak awak pulih nanti. moga beliau sihat dan kuat..

    ReplyDelete
  14. akak doakan semoga mak pha is cepat sembuh.. pha is bersabar ya..

    ReplyDelete
  15. Psss....unit pandang pandang?hehhee...comei plak nama dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kan bila kereta lalu, diorang pandang2 je.. hahaha

      Delete
  16. semoga mak cepat sembuh dah dapat bersama2 dengan keluarga lagi aamiin..

    ReplyDelete