30.6.13

Tertunda

akhirnya, tamat sudah exam buat semester yang ke-8 ni. diam tak diam, dah 4 tahun aku di usm. sepatutnya, macam kawan-kawan aku yang lain, ini dah semester yang terakhir. sepatutnya dah boleh lapor diri kat Jabatan Perkhitmatan Awam. sepatutnya dah selangkah lebih dekat untuk menjadi ahli farmasi.

tapi, malangnya, aku ni tergolong dalam golongan yang tercicir. langkah aku tersekat kerana banyak lagi paper yang sangkut. maka, kena extend la jawabnya. sedih betol.

sedih bila terpaksa meninggalkan teman seperjuangan yang selama ni susah senang belajar bersama. 4 tahun bersama, sekarang diorang dah bergelar PRP. aku masih di sini.


sedih bila terpaksa tunda status 'pelajar' kepada status pekerja. dah la aku ni anak sulong, harapan keluarga. boleh tengok je la adik aku habis belajar dulu. lepas tu, diorang kerja dulu. kemudian, diorang kahwin dulu.

sedih bila aku lambat lagi akan berkerja. lambat lagi nak angkat superbike. hehehe... dan of course, lambat lagi la aku untuk berkahwin.


semuanya tertunda. sekarang, aku menanti dengan penuh sabar dan redha. tak pe la, aku percaya semua ni ada hikmahnya. ada sebab kenapa aku terpaksa extent. . mana tahu, kot-kot jodoh aku dengan budak 1st year sidang depan. mana la tahu kan..?


maa'ssalamah,
Pha is
 

37 comments:

  1. sabar k.. nnt da smpai masanya boleh kerja jugak. :)

    ReplyDelete
  2. sabr aje la adik.. pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. its ok to extend, at least u tetap bertabah di situ dan menghabiskan pengajian. Kan... mana la tau kan, kot2 ada yang menanti sem depan ;)

    ReplyDelete
  4. Tak apalah Pha Is , rezeki Insya-Allah terbuka luas utk Pha Is . Mudahan impian Pha Is tercapai :)

    ReplyDelete
  5. hoho. xpe2. biar lambat asal selamat. hee. semoga berjaya dapat aweks budak sem 1 sidang depan. kah3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. melawak je.. tapi kalau dapat betol pun, apa salahnya.. kan? heheh

      Delete
  6. tak apa, sabar yang akan dibalas dengan berbaloi nanti InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. takpelah pha is..
    DIA dah tentukan yang terbaik untuk kita semua.. kalau bukan sekarang.. akan datang.. ;)

    ReplyDelete
  8. sabarla phais, mebi ada hikmah kan :)


    p/s: haaa mebi hikmah bleh usha freshie. hihi

    ReplyDelete
  9. alaaa....xmo sedey sedey....mungkin ada hikmah di sebaliknya...

    ReplyDelete
  10. betul, mesti ada hikmah. mana tahu masa extend nanti jumpa bakal zaujah ka kan, senang langsung kan terus ja. kawen time stdy pun ok apa. aipp! lani selalu cakap pasai kawen, angin angin nak kawen mai dah ka :D

    ReplyDelete
  11. Masa belajar adalah masa paling menyeronokkan...dulu saje2 je extend, hehe
    Bila dah masuk alam pekerjaan...barulah terasa peritnya...

    ReplyDelete
  12. pengalaman mendewasakan kita..hehehehe...lama sikit pun tak apa..janji berkat..^_^

    kalau dah jumpa bakal zaujah nanti,bagitau la ya? hehehehe

    ReplyDelete
  13. aah..sokong dgn statement bin atas tu
    masa study sronok..coz x perlu pikir komitmen
    bila dah keje..hmmm..byknye nak kene pikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay.. so, sekarang kena enjoy habis-habisan sblom keje.. hehehe

      Delete
  14. assalam,

    cabaran seorang pelajar...banyak2 bersabar..

    ReplyDelete
  15. Chaiyok chaiyok .. U can do it , Pha Is..

    Tambah usaha, tambah doa, tambah tawakal..

    Insya Allah berjaya!

    Chaiyok chaiyok .. U can do it , Pha Is..

    ReplyDelete
  16. belajar dr pengalaman hope adik2 lain pun belajar dr pengalaman abg pha is nanti ni.. all the best ye, jgn putus asa..

    ReplyDelete
  17. tak pe.semua yg berlaku ada hikmah yg kdg2 lambat kita nak sedar kan.

    ReplyDelete