aku faham, perempuan dan kecantikan memang tak dapat nak dipisahkan. itu fitrah, itu sunnatullah. tapi, ada satu perkara yang aku aku tak paham. make-up yang berlebihan. cantik ke?

ada 2 situasi yang selalu buat aku fikir pasal perkara ni. pertamanya, bila ada majlis makan malam besar-besaran (diner). keduanya, bila bersanding. masa ni la aku rasa paling banyak pencemaran muka berlaku.

kadang-kadang, sampai aku tak cam muka. berlainan sangat.

mungkin sebab definisi kecantikan bagi aku tak sama dengan kebanyakan perempuan lain. secara jujurnya kalau korang nak tahu, apabila aku nampak orang perempuan yang make-up berlebihan, aku terbayang muka joker dalam cerita The Dark Knight.

the dark knight, batman

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas
(Al-A'raaf 7:31)

"eh, mana ada tebal, kami pakai make-up biasa-biasa je..."

hmm.. yer la tu.. asalkan korang bahagia. aku nak mengingatkan je..


p/s1 : aku agak menempah maut kerana majoriti pembaca aku adalah wanita. tapi tak pe la, baru mesej tu sampai.

p/s2 : Ya Allah, permudahkanlah Exam petang ni.

maa'ssalamah,
Pha is