23.3.13

9 Jenis Pembaziran

just nak share apa yang aku dapat pada khutbah ke-2 untuk khutbah jumaat kelmarin di masjid USM. selalunya, jarang khutbah ke-2 terisi dengan pesanan selain bertaqwa kepada Allah. kan?

masjid almalik khalik, USM
(sumber google)


firman Allah Azza wa Jalla,

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Al-Israa' 17:27) 

adapun, yg aku dgr masa khutbah tersebut, pembaziran ada 9 jenis. iaitu:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

wallahu a'la wa a'lam..

maa'ssalamah,

Pha is

12 comments:

  1. begitu banyak pembaziran yang telah dilakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. lepas ni kan lbih berjaga spaya dpt kurgkan pembaziran..

      Delete
  2. thanks share. byk jea pembaziran yg kita buat setiap hari kan,
    selalu bazir mesti ingat makanan jea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... luas sebenarnya pengertian pembaziran, tak tertumpu pada perkara yg kta boleh nampak je.. hehe

      Delete
  3. terasa diri begitu membazir kepada perkara yang tidak penting . cuba perbaiki lagi ;)

    ReplyDelete
  4. banyaknye yang saya dah bazirkan :(
    teruk betul huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sama la dengan tuan blog nih... hehehe

      Delete
  5. muhasabah diri :'(

    ReplyDelete