minggu ni sebenarnya aku cuti mid sem,, tapi aku tak balik penang pon. saja perapkan diri di kelantan ni. sebab aku ingat, time cuti ni aku nk explore kelantan, setakat yang termampu. yang dekat-dekat je aku pergi. jauh-jauh tu, tak la.

jadi, berbekalkan moto Honda Wave 125x Ultimo Biru aku tu, maka merantaulah aku ke tempat-tempat menarik di kelantan, yang berdekatan dengan USM kampus kesihatan ni. dah jalan-jalan tu, kena la bergambar sebagai bukti. ye dok?

tapi malangnya, aku explore sorang-sorang je. so, tak ada la member untuk tolong ambil gambar aku. nak ambil gambar sendiri, rasa macam "gedik" la plak. (eeeuuuwww...) last2, aku ambil gambar moto aku je la. ada la jugak bahan bukti.

so, korang jangan jeles plak tengok moto aku jadi model dalam gambar-gambar kat bawah ni yer.. hahaha anyway, gambar dari kamera henfon sony xperia arc.

pantai cahaya bulan
  6°11'46.66"N 102°16'25.68"E
aku rasa, selaku orang luar (bukan rakyat kelantan) pantai kat kelantan dulu yang aku tahu cuma PCB (pantai cahaya bulan) ni je la.

pantai melawi
  6° 1'12.99"N 102°25'13.77"E
 pantai yang ni aku tau hentam jalan je. tak expect nak kemana pon masa tu. just jalan2 tanpa arah tuju. tau-tau, sampai sini. so, berhenti bergambar jap. hehhe..

pantai seri tujuh
  6°13'7.29"N 102° 7'55.54"E
setelah di-rekemen-kan oleh member aku yang tinggal di Tumpat, aku pon pergi la. seriusly, bagi aku, so far, pantai seri tujuh adalah pantai yang paling best yang pernah aku pergi kat kelantan. cantik giler kot. terutamanya pasal teluk dia.

teluk (tumpat)
  6°12'28.53"N 102° 8'49.94"E
teluk yang berdekatan dengan pantai seri tujuh, area tumpat. permandangan kat sini pon lawa gak. 


pantai irama
  6° 4'1.78"N 102°24'0.78"E
pantai irama ni pun boleh tahan. meriah. ramai orang yang datang. 

selain pantai, ada jugak sungai yang aku pergi. antaranya : 
 
jeram pasu
  5°47'39.18"N 102°20'11.72"E
geram gila tengok orang mandi kat jeram pasu ni. rasa nak terjun sekali je. tapi, memang niat aku masa tu nak pi tengok2 je. sekadar nak explore dan tahu jalan.

infogaleri sungai golok
  6°14'26.69"N 102° 5'32.79"E
aku ke kuala sungai golok. saja tengok permandangan sempadan Malaysia-Thailand. tapi aku tengok, tak nampak macam sempadan pon. tak de la tembok ke ape. nampak macam boleh menyeberang macam tu je.. hehehe...

last but not least, aku ke Makam Tok Janggut.

makam tok janggut.
  6° 7'56.82"N 102°13'38.33"E
untuk cerita lebih lanjut macam mana aku boleh sampai ke makam tok janggut ni, boleh tengok sini

cukup la dulu kot aku pusing2 kelantan untuk kali ni. len kali kalau ada masa, aku pusing2 lagi.. hehehe

maa'ssalamah,

Pha is