3.10.12

Buli


Kisah 1

Masa aku tingkatan 4, aku ada jawatan dalam ‘Badan Tertinggi Pelajar’, (BTP). Antara tugasannya, kami kena kendalikan minggu orentasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baru masuk asrama.

Masa tu, bagi kami, orentasi seolah-olah suatu penderaan yang dihalalkan. Macam-macam juga la yang kami buat. Paling extreme, kami tibai pelajar baru dengan besi, semata-mata tak hafal surah yang kami suruh.

salah seorang mangsa aku.

kami tibai sampai lebam budak tu. Sampai akhirnya, ibubapa budak tu mai serang sekolah! Sampai Mak budak tu bagi penampar kat aku! Lepas tu, kami diambil tindakan oleh pengatua. untuk kisah penuh, boleh tengok SINI

Kisah 2

Lepas SPM, aku dapat ‘tawaran’ untuk masuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Di situ, ada banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Kenangan manis dan kenangan pahit (terutamanya).

Di situ, mungkin aku mula rasa apa yang dirasa oleh budak-budak yang pernah aku buli dulu. Ditengking, didenda, dan dinggap seolah-olah diri ini bukan lagi orang, tapi binatang. (kisah penuh di SINI)

Pengajaran cerita:

Walaupun kita ada kuasa, tak bermakna kita berhak ‘buli’ orang dibawah. Tak kisah la dari segi fizikal, mental, mahupun psycological, sama ada di sekolah atau di universiti.

Cuba letakkan diri kita di tempat mereka.

maa'ssalamah,
Pha is

22 comments:

  1. kami x penah kena buliii.. senior kami baik haha :D

    ReplyDelete
  2. betul3 tu.
    jgn mudah buli membuli ni.
    one day kita akan rasa ape yg dorg rasa.
    huhuhuhuhu

    http://suriaqistina.blogspot.com/2012/10/fenomena-matahari-di-kelilingi-pelangi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup mcm roda.. kejap diatas, kejap dibawa. kejap membuli, kejap dibuli...

      Delete
  3. tak baik buli org .. mrk pon ada rasa sakit mcm kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol. jngan buat kat orang apa yg kita x suka org buat kat kita..

      Delete
  4. alhamdulillah... setakat nie xpernah lagi kene buli teruk2 cam tue. kene buli belanja senoir ada la. kaki makan betul la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu normal... cma kat sini, terbalik.. senior kna blanja junior...

      Delete
  5. untuk cerita pertama, eeehhhh...teruknya kaki buli rupanya haaaaa

    untuk y ke2, padan muka hehehee..Tuhan dah balas tu..tapi tak apa dah jadi budak baik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... insyaAllah.. dah insaf dah.. hehehe

      Delete
  6. Kejamnya di kisah 1 tu. hehe. Fie pun pernah ke PLKN tapi tak rasa dibuli pun unless awal awal jelah kejam sikit cara para guru melatih kami

    ReplyDelete
  7. dahsyat....tak baik buli org,nanti Tuhan bayaq 'cash'...

    ReplyDelete
  8. Jangan buli orang ..tapi kawan dengan mereka...

    ReplyDelete
  9. betul.. dari dok buli dorang baik jadikan mereka kawan.. ;)
    Tuhan kalau nak balas, cepat atau lambat je.. hidup kita kan macam roda.. ;)

    ReplyDelete
  10. saya tak pernah buli orang.. tapi kalau kacau orang selalu.. hehe

    ReplyDelete