Baru sahaja selesai keluar minum dengan seorang member lama, si Faruk (bukan nama sebenar) Member satu sekolah menengah. Sekadar bertanya khabar dan mengimbau kenangan lama. Nak jumpa pun setahun sekali. Bila dah jumpa, macam-macam yang dibualkan.

Antaranya topic yang hangat dibincangkan, dilemma seorang bekas pelajar sekolah agama yang tak mahu dikenali sebagai ‘budak agama’ di universiti. Maklumlah, kami berdua datang dari SMKA, dari sekolah yang berlatar belakangkan agama. Sedikit sebanyak, tempias tetap ada bila masuk ke menara gading.

Ada sesetengah dari kalangan kami yang seboleh-bolehnya tak mahu ‘sejarah silam’ kami diketahui rakan-rakan university. Bukannya apa, Cuma takut expectation orang jadi tinggi.

 

Aku sendiri pernah mengalami perkara ni. contohnya, masa kat matrikulasi dulu, aku pernah diberi tazkirah ‘personally’ oleh seorang muslimah yang agak wara’ hanya kerana sikap aku waktu tu yang katanya langsung tak mencerminkan seorang bekas pelajar sekolah agama. Untuk cerita lanjut, boleh baca di SINI.

Member aku si Faruk ni pon dahulu boleh tahan orangnya. Salah seorang ahli majlis syura[1] masa kami tingkatan satu. semasa tingkatan 4, beliau manjadi ahli BTP[2] lujnah perhubungan. Aku mula kenal beliau pun masa pertandingan tilawah Al-quran masa kami darjah enam. (kebetulan kedua-dua sekolah rendah kami dalam satu kelompok yang sama)   

Kini, beliau dan aku lebih suka dianggap normal student with a normal life. Dalam perbualan kami, sempat juga Faruk ceritakan apa yang terjadi kepada beliau tika mana ‘rahsianya’ terbongkar.

Tapi, walau macam mana ‘Nakal’ sekalipun, sekolah tetap dirindui. Rancangannya, minggu depan beliau nak ajak aku melawat sekolah. Melawat asrama sebelum semester baru U bermula. Katanya, rindu nak jumpa ustaz Suhardi, rindu nak berjemaah di surau asrama. Alhamdulillah...



Nota Kaki:

[1] Majlis Syura (dalam konteks ayat) : sebuah jawatankuasa tak rasmi di asrama sekolah aku yang bertanggung jawab dalam sesebuah batch  di asrama yang ahlinya terdiri dari kalangan batch itu sendiri. contohnya, 'Majlis Syura Tingkatan 1'. 

[2] BTP (badan tertinggi pelajar) : sebuah pertubuhan rasmi di sekolah aku yang menyerupai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di university. kini, pertubuhan ini telah pun ditukar nama kepada MPP. 



Pha is