11.3.12

Hukum Berkahwin


Alhamdulillah, baru balik dari walimatul urus sahabat satu sekolah. Seronok je bila aku tengok orang yang dah kawen ni. jeles pon ada jugak, sebab kawan aku ni dah pon menyempurnakan iman beliau. Aku ni, bila la gamaknya.

pengantin : syazwan dan hidayu.
dari kiri : nik, hisyam, khairi, luqman, pha is.
  “Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Hukum berkahwin:

Asalnya hukum kahwin ni harus. Tapi dalam satu2 keadaan, boleh jadi  wajib, sunat, haram atau makruh. Sebabnya:

1. Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.





Hmm.. aku ni, tak mampu lagi kot..
Pha is

5 comments: