22.5.11

sutera bidadari : harry potter versi Malaysia?


sutera bidadari

Bagi peminat2 RAM (Ramlee Awang Murshid), novelis thriller no. 1 malaysia (dakwaan beliau), mesti sekarang tengah atau sudah angau membaca novel terbaru belau iaitu “Sutera bidadari”.

Novel ni sememangnya telah megejutkan ramai peminta2 RAM yang sebelum ini menyangka novel “bagaikan puteri” akan terhenti pada 3 “jilid”, (trilogy) sepertimana novel trilogy pertama beliau (kalau tak silap aku) iaitu tombiruo, semangat hutan, dan tombiruo terakhir.

trilogi tombiruo : novel ketiga
trilogi tombiruo : novel pertama
trilogi tombiruo : novel kedua





Namun, selepas bagaikan puteri, cinta sang ratu, dan hijab sang pecinta, peminat2 beliau dikejutkan dengan novel sambungan yang keempat, cinta sufi, yang sekali gus telah “menaik taraf” kepada novel tetralogi.  Apatah lagi bila di penghujung novel hijab sang pecinta, laksamana sunan (hero) seolah-olah mati.
cinta sufi

Kini, dengan kemunculan Sutera Bidadari, aku tak tau la istilah apa yang sesuai bagi novel genre “epic thriller” ni. Novel Pentalogi kot. hehehe ..

Apa2 pon, apa yang aku nak sampaikan, kalau barat ada the twilight saga, atau the star wars, mahupon harry potter, kita ada “Laksamana Sunan”...!!! Cuma bezanya, novel ni tak difilemkan.





Cerita yang merupakan sebuah kisah yang penuh bersejarah walaupon fiksyen semata, berinformasi, penuh aksi, dan yang penting, sentiasa mengingatkan pembaca kepada Pencipta, Tuhan sarwa sekelian a’lam, Sekaligus, meletakkan novel2 ini diluar golongan “picisan”.

Tahniah dan syabas kepada RAM...!!!

......
p/s 1 : apehal aku buat ayat skema nih..????
p/s 2 : sekarang ni pon aku tak abes baca lagi sutera bidadari... sebab aku baca slow2.. dengan penuh penghayatan.. hehehe


Pha is

9 comments:

  1. aku dah abis baca dah. bia aku bagi tau sesuatu, sang dewi tu bini dia ratna sang ratu, pastu saifullahh tu senanya indera, bangsa pollip..

    klaw da abis baca ko selamat klaw blom, tak surise ar jadiknye..jeje

    ReplyDelete
  2. kan bagus kalau difilemkan... macam dah fall in love dengan laksamana sunan. ;p

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. fatihah : kalau difilemkan, memang gempak r.. cuma aku tak yakin lagi malaysia sekarang boleh buat filem yang boleh ada "kesan khas" yang boleh menepati jalan cerita hidup sunan.. ye la, kejap lawan jin, kejap lawan setan, kejap lawan hantu... malaysia boleh kew nk buat macam tu? stakat merong mahawangsa pon efek ntah apa2... kalau boleh buat sampai nmpak real macam dalam citer "harry potter" tu, baru best. kalau setakat buat efek "asap" pon tak jadi, tak payah la... buat rosak reputasi "hikayat laksamana sunan" je.... hehehe

    ReplyDelete
  5. adam : laa.. ye kew... aq x abes baca lagi.. hhehe.. x pe x pe... wlaupon spoiler, tapi passion aq nk baca tetap membuak2 sbb nk tau mcm mna ratna sang ratu boleh hidup lagi... ish.. heran aku... x leh jadi ni...!!!

    ReplyDelete
  6. RAM sgt osem
    edo mmg minat gler dia
    tp byk jugak r nvel dia yg xbca lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? tetiba je komen kat sini.. heheh

      sama la.. tapi pha is x minat sangat baca novel. boleh baca gitu2 je la.. tapi kebanyakan novel yg pha is dah baca, novle RAM la..

      Delete
  7. hai boleh tolong bagi susunan novel sutera bidadari x. sebab saya baca tapi terasa nak tau dari mula2 sampai yang paling latest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x follow sangat cerita pasal laksamana sunan ni, sbb banyak sangat.. sempat baca sampai buku no. 4 je.. lepas tu ada banyak lagi sambungan.. malas dah nk follow..

      Delete