1.5.11

silat boleh lawan makhluk halus ke?

Baru2 ni , heboh di desasiswa saujana USM akan kes pukau yang kononnya telah pon Berjaya “meragut” sebanyak 11 laptop. Sama ada kes ini kenyataan atau khayalan, aku tak pasti.

tapi ramai penghuni desasiswa tersebut yang hidup dalam ketakutan. kelihatan jelas terpampang ketakutan mereka itu pada dinding2 fesbuk malah ada juga yang sampai ke entry blog. malangnya, ada juga kalangan penuntut silat cekak yang turut merasai bahang ketakutan tersebut.

"memanglah belajar silat tapi seram jugak....."

apa kaitan silat dan takut kepada hantu? silat boleh lawan hantu? kalau aku bagi tau, mesti yang ramai akan pertikai. kata mereka : "alah, silat bukan boleh buat apa2 pon. bukannya boleh bersilat dengan hantu. diorang boleh terbang2. ko kalau setakat nak buka langkah tu, tak payah la..."

mereka tak paham. sebab tu lah, sebelom nak kritik or nak kondem seni pusaka warisan bangsa nenek moyang mereka sendiri ni, belajar dulu. dalami dan pahami dengan betul. lepas tu baru nilai sendiri. ni belajar pon tak.. lepas tu dok kutuk2 hnya berdasarkan khabar2 yang dibawa orang.

memang dari segi logik, kita tak boleh bersilat dengan makhluk2 spesis ni. macam mana nak bersilat, kalau yang datang tu just kepala saja (penanggal), or badan yang tak ada kepala (kononnya mangsa kekejaman tentera jepun), or even saiz fizikal yang terlampau besar (hantu raya)..? tapi tu dari segi fizikal..!
 
dari konteks silat cekak malaysia, (silat lain aku tak belajar, so, aku tak tahulah) silat ini terdiri dari "kulit" dan "isi". yang dikatakan kulit tu pergerakan silat dan yang dikatakan isi itu ialah tauhid. sebab tu silat cekak disebut sebagai silat gerak dan silat tauhid.

silat cekak mengajar penuntutnya mentauhidkan Allah. tidak takut kepada sesuatu melainkan Allah. menjadi berani dan bukan pengecut. berani bukan kerana hebat, tapi kerana semua ketakutan yang ada dalam diri sudah habis diserahkan kepada Allah.

selalunya benda2 seperti ini dipandang ringan sedangkan ianya kes besar. takut kepada hantu. contoh yang paling mudah, katakan suatu malam, korang berjalan di tempat yang sunyi lagi menyeramkan. kemudian, makhluk Allah ini datang menjelmakan diri dan menyapa serta mengusik korang.

lepas tu, disebabkan terlampau takut, korang mati terkejut or korang lari then mati excident atau terjatuh dalam gaung lalu mati. mati korang itu dalam takutkan Allah atau takutkan hantu? lepas tu nak kata korang mati dalam iman?

memang pergerakan silat tak boleh buat apa2 dalam keadaan macam ni tapi penuntut silat cekak belajar silat tapi tak bergantung kepada silat. kami bergantung hati kepada Allah. itu yang kami diajar. kita makhluk, dia pon makhluk. buat apa nak takut?

memang ada yang takut secara semula jadi. tapi kena belajar bagi berani la. tanamkan dalam hati : "apa nak jadi, jadilah. tapi kalau Dia tak izin, jangankan kata jentik, sentuh pon belum tentu."

p/s : aku bukan nak promot silat. tapi nak bagi tau kepentingan berani... tu jew... hehehe



Pha is

13 comments:

  1. betol tu mmg r betol... eh, nape jrg aq jumpa ko kat kelas latihan?

    ReplyDelete
  2. kita bersilat bukan kerana nama,,tapi bersilat kerana agama..

    ReplyDelete
  3. kita brsilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana agama.
    kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah...

    ReplyDelete
  4. pha is : klas yg last skali ak xp,ak p ary kamis jek..pas usr ri 2 mmg ak jrg p dh.de la hal ckit..

    ReplyDelete
  5. "apa nak jadi, jadilah. tapi kalau Dia tak izin, jangankan kata jentik, sentuh pon belum tentu."

    suke ayat nih..hehe..
    nice entri. :D

    ReplyDelete
  6. @cik dila.. ekceli, tu ayat dari jurulatih.. aku quote kan... hehehe...
    thanks sbb sudi baca...

    ReplyDelete
  7. lama x turun kelas///huhuhu..rindu kat ang...heheehe

    ReplyDelete
  8. akak ni penakut la juga.. setakat ni akak tak pernah belajar seni mempertahankan diri (silat) tu.. tak rugi belajar ilmu yang baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. yg penting pandai jaga diri..
      silat ni boleh guna utk jaga diri dalaman dan luaran.. bukan fizikal je.. hehehe..

      Delete