Allah a’zza wa jalla berfirman :
dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu tidak suka memakannya.”
(Al-Hujurat :12)

Rasulullah S.A.W. bersabda :
“setiap muslim bagi muslim lainnya maka haram darah, harta dan dirinya.”


Abu Barzah bekata : telah bersabda Rasulullah S.A.W. :
“janganlah kamu saling mendengki, membenci, atau berpaling. Jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Jadilah kamu akan hamba Allah yang saling bersaudara.”

Dari Jabir dan Abi Said, mereka berkata, “telah bersabda Rasulullah S.A.W. :
“takutlah akan ghibah, sesungguhnya ghibah lebih berat dari zina. Seorang lelaki yang berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedang Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang dighibah itu memaafkannya.”



sumber : buku penenang jiwa (terjemahan kitab mukashafah Al-qulub karya imam Al-Ghazali)