8.5.11

hiking penang hill bersama...

Tanggal 13 April yg lalu, aku, jumaidi, mama bedah, dan pak cik Zul pi naik penang hill. Selama 20 tahun lebih aku dok penang, ni la 1st time aku naik. Hampeh. Tapi at least, akhirnya, setelah hampir pitam dan kaki krem aku Berjaya naik jugak. Alhamdulillah...

penat dowh..


Dari mula kami hiking, agak sedih jugak la sebab susah aku nak jumpa orang melayu yang exercise pagi2 kat penang botanical garden (tempat kami mula mendaki). Asyik2 orang cina. 

Aku ni bukan nak racist. Orang cina memang bagus. Rajin bersenam pagi2. Dan sepanjang kami mendaki, kerap jugak kami bertegur sapa dengan mereka. Tapi setakat “gud morning” dan “hai” macam tu je la.

aku dan adi





Betul bak kata pak cik Zul, orang melayu ni kalau bab2 kesihatan kira kat pemakanan jew. Makan makjun la, kacip Fatimah la, tongkat ali la, tapi exercise nya tak mau.

pekena ABC di puncak penang hill. mama belanja. hehe


Tetiba, apabila kami sampai di kilometer 1.7 (laluan ke bukit bendera adalah 5 kilometer), kami telah DIBERI SALAM oleh satu pasangan suami isteri. Setelah salam dijawab, mama lantas berkata : akhirnya, jumpa jugak orang kita.!

Selepas tu, sempat jugak lah kami bersembang. Dan antara topic yang dibincangkan ialah berkenaan kurangnya orang melayu bersenam. Pasangan tersebut bukan sahaja ramah, tapi Romantik pulak tuh. Sweet jew aku tengok.

dari kiri : mama bedah, datin seri, dato' seri, pak cik zul, dan adi


Lepas tu, pak cik Zul pon bertanya kepada si suami tersebut : “saya rasa penah Nampak muka kat tv. Boleh saya tau ni sapa?” lantas si suami tersebut memperkenalkan dirinya sebagai..... (rahsia.. hehehe)

aku pon nak bergambar sekali jugak...


Owh.. patutla macam pernah Nampak. Si suami pulak bertanya kepada kami : “yang ni tak kenal ka?” sambil menunjuk kepada isteri beliau.

how sweet...


Dan jumaidi dengan spontan jew menjawab : “kenal....” (sambil tersenyum)

Aku : “ish, aku tak cam la. Sapa dia ni adi?”

Jumaidi : “............”(rahsia jugak. Hehehe)

Aku : la.. patutla macam penah Nampak. (dalam hati aku masa tu, aku kata : “kalau mak aku tau ni, mesti dia suka”)




Pha is

2 comments: