24.1.11

awan kalimah Allah di Kolej Matrikulasi Kedah


 
entry kali ni saja aku nak kongsikan beberapa gambaq yang mungkin akan menarik minat korang. gambaq2 ni aku tak ambik kat tenet tapi dari fon kawan aku. tapi perkara ni betul2 berlaku depan mata aku. tak tipu punya.


cerita nya begini. pada suatu pagi, aku telah dikejutkan oleh rumate aku untuk mengerjakan solat subuh. malangnya masa tu aku memang liat nak bangun. rumate aku gerak pukul 6 pagi, 6.30 pagi baru aku nak bangun. kadang2 sampai 6.50 pagi.


 lantas, aku tengok jam dah pukul 6.40 pagi. dah lambat ni... aku pon bergegas ke tandas untuk berwuduk. masa aku nak ambik air sembahyang, rumate aku yang sorang lagi bagi tau aku yang ada awan berbentuk kalimah Allah. aq pon pi la tengok sat.

bila aku tengok, subhanallah!!! real giler. dalam x sampai beberapa saat, tempat yang aku berdiri tu dah penuh dengan kebanjiran student2 KMK yang nak tengok awan tu. ramai yang antara mereka yang mengambil gambar tersebut sebagai bukti dan kenangan.
 
lantas, aku pon bergerak ke bilik aku untuk mengambil henset aku untuk mengambil gambar. tapi, langkahku terhenti kerana aku baru teringat yang aku tak solat subuh lagi..!!!

lepas tu, aku tengok, rumate aku pon dok ambik gambaq awan tu jugak. lantas aku pon cakap kat dia "aimae (aiman), hang ambik gambaq tu dulu. nanti bluetooth kat aku. aku nak pi sembahyang dulu." dan dia pon menjawab seperti mana kebiasaannya, "begheh..." (dialek kelantan)


so, aku pon meneruskan tanggung jawab aku kepada Tuhan dahulu (walaupon subuh gajah). lepas je aku habis solat, aku pon ambik gambaq2 tu kat aimae. dan aku pon simpan gambaq tu sampai la sekarang.





p/s : suratan atau kebetulan?

9 comments:

  1. buh a butang like fb kat sini,sng nk like.

    ReplyDelete
  2. waaa...subhanallah.. kuasa Allah :)

    ReplyDelete
  3. azman-thanks... aq dah buh dah....

    ReplyDelete
  4. haha,aku nak sangat buh anda juga meminati... tu,tp xle,template aku xsupport kot

    ReplyDelete
  5. pernah jugak nmpk masa kat cherating kuantan!!

    Meh singgah: Gambar Pertunangan Ally Iskandar!!

    ReplyDelete
  6. insyaAllah....
    nnti aku singgah.. hehehe

    ReplyDelete
  7. tahun lepas ada jugak ternampak kalimah Allah dekat padang kmk.jelas gila.subhanallah

    ReplyDelete
  8. wah ! untunglah awk boleh tgk keajaiban Allah. sye xpernah lg lalui pengalaman mcm awk .. :))

    ReplyDelete