16.12.10

aku belum bersedia.

semenjak umur aku dah pon melangkau 20-an, (20 tahun ikut kelendar masihi dan 22 tahun ikut kelendar hijriah) aku tak dapat lari dari pikiq tentang masa depan aku. at least, dalam 10 tahun akan datang, aku cuba bayangkan apa pekerjaan aku, kat mana aku dok, dan yang paling aku pikirkan, keluarga yang bakal aku bina nanti.





bagi aku, family antara perkara yang paling utama dalam perancangan masa depan aku.semua ni bermula sejak aku baca buku "aku terima nikahnya" karangan hazrizal abdul jamil a.k.a abu saif. buku ni aq beli kat pesta konvikesyen USM 2009. sekarang, buku ni dah ada 3 "jilid" dah pon iaitu "aku terima nikahnya", "aku terima nikahnya 2 : bercinta sampai syurga" dan "aku terima nikahnya 3 : murabbi cinta" dan aku sekarang baru je baca buku yang ke-2. 





Bagi aku, buku ni memang patut dibaca sama ada bagi yang belum kawen, ataupon yang sudah. buku ni bnyak bagi cara2 supaya kita betul2 bersedia terutama dari segi fikrah (fikiran) bila kita nak melafazkan "aku terima nikahnya". dan bagi mereka yang teringin nak baca, korang boleh cari buku tu kat pasaran atau baca jew online kat blog dia, "saifulislam.com".


tapi, sekarang ni bukan kita nak cerita pasai buku tu. umumnya, keluarga bermula dengan perkahwinan dan perkahwinan pula bermula dengan mencari pasangan. 


cari, cari carilah
pasangan hidup betul2 oh kawan
bahgia berseri
rumah tangga akan harmoni[1]


kalau nak keluarga yang harmoni, langkah pertama mesti la dengan mencari pasangan yang tepat. bagi aku, tepat tak bermakna hebat. tepat juga tak bermakna sempurna. cuma ia lebih kepada "sesuai". setiap orang ada ciri2 pasangan yang ideal. tetapi perkataan  "ideal" itu sendiri bermaksud 1) sempurna atau paling sesuai. 2) wujud dalam fikiran sahaja, impian.[2]


so, kadang2 (or selalulnya), apa yang kita dapat bukanlah seperti apa yang kita nak. tapi, ni tak bermakna kita tak boleh berusaha. apa yang penting, dihujung usaha kita tu ada doa dan tawakkal. sebab walaupon ianya tak seperti yang kita harapkan, tapi itulah yang terbaik buat kita.


umumnya, ramai laki yang nak isteri yang solehah. ada yang berhajat kepada yang tudung labuh, lemah lembut, sopan santun, dan yang sewaktu dengannya. tapi tak ramai laki yang membuatkan diri mereka "berhak" mendapat yang sedemikian rupa. laki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitula sebaliknya.[3]

dulu, masa aku kat matrikulasi, penah sekali aku sembang dengan rumate aku, si marwan pasai hal ni. dia ni jenis budak agama jugak la. dalam kami dok sembang tu, dia penah kata yang better cari yang solehah siap2 sebab dia tak yakin yang dia boleh bimbing rumah tangga dia. at least, katanya, kalau die "terpesong", still ade isteri yang dapat perbetulkan.


tapi, kalau nak yang baik, mesti kita kena jadi baik dulu. betul tak? since, masa untuk aku nak berumah tangga lambat lagi. (aku target at least paling awai pon 24. tapi kalo jodoh awai, nak buat macam mana. kita cuma merancang. kan?) so, daripada aq sibok2 mencari, lebih baik aku perbetulkan diri aku dulu. 


lagi pon, ustaz hazrizal penah pesan dalam buku dia, kalau boleh, jangan mulakan sesuatu hubungan kalau dalam masa terdekat hubungan tersebut tak dapat "dinaik taraf" kepada perkahwinan. lebih kurang lagu tu la. aku pon bukannya ingat sangat. tapi point ni yang paling aku ingat.


dan oleh kerana aku still belajar, dan tak mungkin rasanya untuk aku berkahwin masa belajar, dan rasanya juga agak mustahil untuk aku terus kahwin lepas jew tamat belajar, so, kena la bertahan dulu. walaupon godaannya banyak.(kiri kanan member aku dah berkapel. tapi tak semua la. tu baru member. yang godaan dari pompuan2 kat usm ni tok sah dok cakap la.) sabar je la.


"dan orang2 yang berkata : wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa."[4]


[1] petikan lirik lagu nasyid kumpulan rabbani, cari pasangan.
[2] kamus dewan edisi ke-4
[3] ringkasan dari surah An-Nur, ayat 26
[4] terjemahan dari surah Al-Furqan, ayat 74



1 comment:

  1. terbaekkk....nnti pinjam buku2 ni time balik penang bleh???

    ReplyDelete