Kenangan 2015


eh, dah 2016 eh? tak sedar pun aku. mungkin sebab orang lain enjoy keluar malam-malam sambut new year, tapi aku malam tu menggigil berselimut sebab demam. nasib baik sekarang dah okay sikit.

okay, berbalik kepada tajuk, saja nak buat entri pertama untuk tahun 2016 ini dengan mengenang apa yang dah berlaku kat aku pada tahun lepas.

Kenangan 2015



1. menamatkan zaman bujang tanam anggur

taggal 23 Mac 2015, aku lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk bertugas sebagai pegawai farmasi provisional. mulanya memang teruja campur gementar sebab masa tu tak tahu lagi dapat hospital mana.


tau-tau dapat Hospital Penang. fuh, masuk je, terus ada briefing bagitau siap-siap, hospital tu no. 2 paling sibuk di Malaysia.! sibuk sampai birthday aku 26 Mac tu aku lupa langsung! balik kerja dah malam baru buka FB, baru perasan.

2. #1092HariMencariCinta



tahun 2015 jugak la aku mula azam 1092 hari mencari cinta aku ni. lebih kepada alasan sebenarnya. senang kalau orang tua-tua datang rumah, kalau diorang tanya aku "ha, hang pa-it, bila lagi?". at least aku dah prepare jawapan siap2.

"tiga tahun lagi, InsyaAllah.."

3. Join Blogger Utara

tahun 2015 tu sebenarnya aku rasa mungkin tahun aku mengundur diri dari dunia blog sebenarnya. tapi macam mana entah boleh pulak terjoin geng Blogger Utara masa tu. Tahun ni la yang aku paling banyak keluar dengan geng blogger. sebelum ni tak pernah langsung.

hmmm.. apa kenangan 2015 korang?

Comments

  1. Tahun 2015 baru jumpa Pha Is..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe...banyak kenangan manis....thun 2015 jugak la banyak dugaan mencabar buat rietta n family...

    ReplyDelete
  3. Assalam pha is semoga tahun 016 membawa cerita yg lbh manis.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kita berjaya menempuhi tahun 2015 dengan jayanya... moga 2016 lebih baik...

    ReplyDelete
  5. nampak mcm serius tp kelakor rupanya.. haa tu laa kenangan 2015 husna dgn pa-it.. hahahahah..

    ReplyDelete
  6. hospital pertama paling sibuk jatuh kepada ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x ingat dah.. HKL kalau x silap..

      Delete
  7. huiyyoooo ~ sampai lupa birthday.. dashyat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nmpak tak sibuk x sibuk tu..

      Delete
  8. gud luck ya....salam perkanlan daripada keladi di tahun 2016.....saya singgah ke sini kejap...jom ke blog keladi

    ReplyDelete
  9. Semoga tahun 2016 ini memberi seribu makna buat Pha is..dan semoga tak pening lagi..hehehe

    ReplyDelete
  10. 2015,
    terkapai kapai selepas graduate.
    :I

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tahun 2014 aku. tahun zaman gelap bagi aku... bukan terkapai2 lepas grad, tapi terkapai2 repeat sem nak bagi grad..

      Delete
  11. Harap hubungan ukhuwah Blogger Utara terus sampai bila2. Selamat Tahun Baru 2016

    ReplyDelete
  12. pergh..kenangan manis la ni kan..moga tahun ni lagi banyak kenangan manis ye.in shaa Allah.Aamiin.

    ReplyDelete
  13. AMIN AMIN semoga dipermudahkan urusan mencari suri di hati phais :)

    ReplyDelete
  14. mencari cinta biar sampai berjodoh..klu jodoh tidak ke mana..

    kite masih lg student..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. student...??? betul ke nih..? macam susah nk percaya ja.. hehehe

      Delete
  15. 2015 menjadi perkenalan pada geng blogger belah utara..
    Memang ohsem walaupun hanya kenal korang kat Whatsapp, blog, fb dan ig je..

    ReplyDelete
  16. nanti kawin jgn lupa order bahulu utk doorgift yer hihi

    ReplyDelete
  17. nanti kawin jgn lupa order bahulu utk doorgift yer hihi

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. yer ke sweet..? kalau sweet xde la forever alone sampai sekarang.. hahahah

      Delete

Post a Comment