Monday, May 14, 2012

pokok untuk halau setan


farmasi usm, pelajar, lawatan, rimba, taman, herba, perlis, pha is, prof zaini,
student farmasi usm tahun 3 sidang 2011/2012 kumpulan A


semalam, baru je balik dari perlis. Dari taman rimba herba. Kami semua satu batch kena pi ke taman ni untuk assignment pharmacognosy(study pasai ubat dari bahan semula jadi). Biasa la kalau dah nama tu student u, mana boleh lari dari assignment.

Taman rimba herba perlis ni dekat je dengan taman ular perlis. Masih dalam area kangar. Coordinate tempat ni pulak, 6°32'2.60"N, 100°10'8.82"E.  (copy paste kat google map kalau nak tau kat mana) yuran masuk pulak, RM 1.00 bagi dewasa, RM0.50 bagi kanak-kanak. Murah giler kan?

Kat sini, macam-macam herba ada. Boleh la pi tengok khazanah bumi tanah melayu yang kaya dengan herba ni. herba-herba ni semua penting tau! kalau tak, tak perlu la kami susah-susah nak belajar.

Setiap kami diberikan 3 tugasan. Salah satunya, setiap sorang akan dapat 1 nama pokok / herba, dan kami kena Tanya renjer yang bertugas kat situ, apa yang bomoh dan pawang “claim” tentang pokok tu, dan balik cari kajian saintifik tentang pokok tu, sama ada betul or tak “claim” tu.

Contoh, kalau bomoh kata pokok tu boleh sembuh buasir, kami kena cari kajian saintifik untuk membuktikan betul or tak dakwaan bomoh tu. Aku dapat pokok ganda rusa.

Ecbolium gendarussa, Gendarussa vulgaris Nees, Daun Rusa, , gandarusa, Gander Rusa, Pinyingoh, Urok Tulang Bunang, Udu Tulang Sa'ai, Bo gu, Gandarusa, tetean, trus, Ghandharusa, Gandarisa, Pulley, Irons, justicin, asiri oil, potassium, poisonous alkaloid
daun pokok ganda rusa (Justicia gendarussa Burm. f.)

Aku : pak cik, pokok ni boleh guna untuk buat apa?

Pak cik renjer : pokok ni baguih. Boleh buat tepung tawaq, buat halau setan.

Aku : owh....
dalam hati : errr... halau setan? apa aku nak tulis dalam report aku nanti nih?(-_-‘) 


Pha is

16 comments:

  1. smalam ko pi mana? aku nmpak ko kat RnR area kedah.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sbb besenye pkok2 tok halau bnde2 bau busuk..cm pkok daun garuda ke..org lame2 la kate,bkn ak kate.. :P

      Delete
    2. owh... pestime dgr.. hehehe

      Delete
  3. hehe try tgk halau bkesan ka dak.. kalau dak, sah2 pakcik tuh pun taktahu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try dah pon.. amik daun pokok ni, renjis kat kawan. tapi dia tak lari pon.. hahahahahhahaa

      Delete
  4. Replies
    1. tawu x pe.. mcm mana la aku nk tulih dalam report ni.. hadoi....

      Delete
  5. hehe..tulis cmtu komfem takkan diterima oleh logik... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagipon, rasanya mana ada kajian saintifik tentang cara nak "halau setan".. hahahah

      Delete
  6. org dulu2 penah ckp ada satu pokok nie..jin takut..nama pokok tu jelatang gajah..sbb gajah takut ngn pokok tu...tapi tak tau ada ke tak..nk cari pun susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam penah dengar je nama pokok tu... mungkin kat taman rimaba herba tu ader kot.. hehehe

      Delete
  7. Yo bro,

    Pokok gandarusa biasanya digunakan untuk merawat lebam, patah tulang rheumatik dan bisul.

    (http://adrydaud.blogspot.com/2010/01/gandarusa.html)

    ReplyDelete
  8. Rasanya kena cari setan le baru tau pokok ni boleh halau ke tak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...