Route A6 Jalan Sumpitan | Cantik Tapi Seram? - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Route A6 Jalan Sumpitan | Cantik Tapi Seram?

15.5.18

Route A6 Jalan Sumpitan | Cantik Tapi Seram?


Dah lama aku tak tulis pasal ride moto aku dan lama juga aku tak update entri. Hmm.. jadi kali ni aku nak share pasal ride aku baru-baru ni ke RnR Puncak Titiwangsa melalui jalan sumpitan di Perak. Pernah dengar?



ride jalan sumpitan


Route A6


route A6 Jalan Sumpitan

Jalan yang aku maksudkan disini adalah jalan yang menghubungkan kampong sumpitan (berdekatan lenggong, Perak) dan rantau panjang (berdekatan Selama, Perak).

Dulu masa mula-mula aku lalu jalan ni tahun 2016 kalau tak silap, memang layan. Aku lalu sorang-sorang solo ride dalam perjalanan dari rumah kawan aku di kuala kangsar nak balik ke penang. Dia yang suggest kat aku katanya jalan situ banyak koner-koner naik bukit tapi jalan elok dan kereta tak banyak.

Memang susah nak jumpa kereta pun kat situ. Tau tak sebab apa? Rupanya sebab kawasan situ agak ‘keras’.

Jalan Sumpitan jalan Seram?


Patutla masa aku lalu jalan tu tak jumpa kereta pun. Memang seronok la aku layan koner kat situ. Tapi dok rasa ada la jugak meremang bulu roma sikit walaupun aku lalu waktu pagi dalam pukul 10am macam tu.

Bila balik dan aku search pasal jalan tu, rupanya baru aku tau kat situ kawasan seram. Fuh. Antara cerita seram pasal jalan tu, boleh baca kat sini : https://fiksyenshasha.com/jalan-sumpitan-shortcut-grik-taiping/

Aku Tanya balik kawan aku yang kat kuala kangsar tu, dia pun kata betul. Situ memang seram. Kurang asam betul punya kawan. Bukannya dia nak bagitau awal-awal. Hahaha..

Tapi personally bagi aku, so far jalan yang paling seram yang pernah aku lalui, jalan naik turun bukit fraser, Pahang. Bukan meremang lagi dah. Tapi siap dok rasa ada "benda" dok follow belakang bila solo ride. hahaha.. 

Air terjun jalan sumpitan


air terjun jalan sumpitan


Tapi, put that story aside, jalan ni memang agak layan la walaupun tak panjang sangat. 21km je. Kejap je nak layan koner pun.

Tambah pula kat situ ada air terjun betul-betul tepi jalan. Boleh berhenti kejap untuk bergambar. Walaupun jalan agak sempit, tapi agak selamat sebab tak banyak kereta lalu dan kalau ada pun memang kereta slow ja.

Dulu masa 2016 aku lalu jalan ni memang cantik. Tapi baru-baru ni (mei 2018) dah tak beberapa nak cantik dah jalan dia. Banyak tanah runtuh, jalan berlopak, tak rata, dan sebagainya. Takat nak santai-santai boleh la. Nak test skill tak disarankan.

15 comments:

  1. Kalau dah tau seram, saya memang takkan lalu sesorang..scary...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. kali ni x lalu sorang2.. dulu yer la, tak tahu..

      Delete
  2. Kawasan yg lalu tu teretorinya jadi mesti hati2 pandai bawa diri ingaat Allah selalu insyaaAllah tiada gangguan..SALAM RAMADAN PHAIS N ISTERI

    ReplyDelete
  3. Cantiknya, dekat laluan ni memang penuh misteri...

    ReplyDelete
  4. hoho, masuk fiksyen syasya tuu..

    ReplyDelete
  5. cuba lalu malam naik moto mau tak tgk cermin dh hahaha.. mcm nama org asli perak ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa macam lalu kat kawasan orang asli pun.. kalau lalu mlm mmg tutup terus side mirror.

      Delete
  6. Cantik tengok air terjun tu.. sebab belum dicemari.. ;)

    ReplyDelete
  7. acu bw motor mlm2 n lalu kt situ... ada bran? hahahaha

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak dengar ttg jalan sumpitan ni. Klu x silap masa zaman sekolah menengah dulu adalah kawan pernah cerita. Langsung dah lupa hinggalah baca entri PhaIs ni.. mmg lagi seram klu lalu sensorang.. tayar pancit pulak tu, lagi nak kene betulkan pulak sensorang.. hadoii haha.. apa pun, pengalaman mcm ni mmg best! :)

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com