okay, dah lama tak buat entri pasal superbike. dulu, masa aku banyak up-kan entri pasal superbike, dah banyak orang tanya aku. aku ni tulis macam-macam pasal superbike, tapi superbike apa yang aku pakai dah pakai/beli?

jawapannya : none.!!! 1 superbike pun aku tak pernah naik lagi. habis kuat aku pernah naik, cuma kawasaki ninja 250R, merasa naik moto kawan. sekarang aku cuma naik motosikal moped je, Honda Wave 125X.

dulu, aku tak ada duit nak beli. sekarang dah merasa dapat gaji, boleh la mula fikirkan secara serius model apa yang nak dibeli. so far yang paling banyak berlegar dalam kepala otak aku cuma 2 model ini: Kawasaki z800 dan Yamaha XJ6N.

naked bike, specification,

Persamaan Yamaha XJ6N dan Kawasaki Z800


1. Naked Bike


antara dua model ni, kedua-duanya motosikal ber-spesis "naked". motosikal terlanjang. tak ada fairing sistem dan boleh nampak enjin dengan jelas. kelebihan naked bike ni orang kata lebih kepada "street bike" atau "street fighter". motosikal jalanan..!

bak kata senior aku dalam entri Tips Memilih Superbike, "kalau buat pergi kerja tiap-tiap hari , keadaan jalan cantik dan sentiasa rentas highway serta jalan sesak, baik cuba naked bike..."(Salman Ali, 2014)

dan menurut ayat promosi dari laman web kawasaki sendiri berkaitan model-model keluarga Z (Z250, Z800 dan Z1000) :

Jika model “supersport” direka untuk menguasai litar, maka model “street-fighter” pula adalah “Urban Assault Vehicle” pakej yang ideal untuk mencuri perhatian dan menonjol di hutan konkrit. Biarlah “repli-racer” beraksi di litar – bila tiba masa untuk mendominasi bandar, jalanraya adalah milik Z. (untuk ayat penuh, lihat entri Ayat Power Kawasaki Z250

orang tak buat berlumba dengan naked bike macam ni sebab tinggi rintangan angin tak macam sportbike yang ada fairing sistem. nak tau apa itu fairing sistem? lihat entri ini : Yamaha XJ6 Ibarat Perempuan

motosikal naked ni lebih sesuai atas jalan biasa yang lebih memerlukan ketangkasan dalam low-speed corner, terutamanya dalam menyelit celah-celah kereta kat jalan raya.

2. Enjin In-line 4 Silinder


enjin 4 silinder, in-line 4, kawasaki z800, naked bike
enjin kawasaki z800

antara kelebihan enjin 4 silinder ini termasuklah lebih kuasa kuda, kelancaran dan top speed berbanding jenis enjin yang lain. tapi bagi aku, apa yang penting sebab nak enjin 4 silinder ni sebab bunyi yang lebih mengaum.!

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan dan kekurangan enjin 4 silinder berbanding enjin-enjin yang lain. boleh tengok kat entri ini : Enjin Motosikal | In-Line vs V-Twin

Perbezaan Kawasaki Z800 dan yamaha XJ6N


untuk perbezaan spesifikasi, boleh tengok jadual kat bawah ni. aku cuma letak info apa yang aku rasa penting dan significant je, untuk aku buat pilihan. untuk spesifikasi yang lain, google sendiri. hehe


Kawasaki Z800
Yamaha XJ6N

harga
± RM 48 000
± RM 35 000
Displacement
806.1 cc
599.8 cc
Top Speed
236 km/j
221 km/j
Compression ratio
11.9:1
12.2:1
maximum power
111 HP @ 10,200 rpm
76 HP @ 10000 rpm
maximum torque
83.0 Nm @ 8,000 rpm
59.7 Nm @ 8500 rpm

*sumber:
harga dari mudah.my
top speed dari rafi superbike (youtube).


hmm... korang ada idea dan cadangan lain?