baru ni, 30 Ogos 2014 aku dapat 2 jemputan kenduri kahwin kawan aku. sorang kenduri kahwin kawan sekolah menengah di Penang, dan sorang lagi kenduri kahwin kawan budak farmasi USM di Taiping. agak kalut aku berkejaran tengah hari tu. lepas kenduri di penang, terus merempit ke taiping.

pengantin hijau
berdiri dari kiri : Pha Is, Zulhilmi,  Wan Nasrullah
pengantin : Ahmad Ikhwan Fayadh Bin Abd Nasir & Nor Aini Binti Amri

kenduri di taiping je yang sempat aku bergambar. kenduri di penang aku nak cepat sebab nak pi kenduri kat taiping plak, so, tak sempat nak bergambar dengan pengantin.

apa-apa pun, selamat pengantin baru aku ucapkan buat kedua-dua pasangan pengantin Ahmad Ikhwan Fayadh Bin Abd Nasir & Nor Aini Binti Amri serta pengantin Mohammad Nazrin Marzuki dan Noor Mashitah Hj Khalid. semoga korang berbahagia hingga ke syurga. amin..

Pengantin Lari


berbalik kepada tajuk kita kali ni, aku terperasan 1 kesilapan perkara yang kadang-kadang pengantin terlepas pandang ialah bila pengantin buat outdoor photo-shot pada petang hari kenduri. bayangkan, tetamu datang dari jauh nak meraikan pengantin, tapi bila dah sampai pengantin lari pergi buat outdoor photoshoot. kesian kat tetamu tu.

aku pernah alami sendiri benda ni dalam sebuah kenduri kahwin beberapa tahun yang lalu (of course la sebagai tetamu, bukan sebagai pengantin.. hehehe). aku bukan makan hati, cuma nak nasihat kan je..bukankah dalam islam sepatutnya tetamu dimuliakan?

waktu walimah ni, waktu kenduri kendara ni, waktu jumpa sanak saudara dan sahabat handai. so, kalau nak buat outdoor photoshoot, seelok-eloknya carilah waktu yang lain. esok ke, lusa ke.. paling tidak pun, buat waktu pagi sebelum majlis kenduri bermula (kalau dah buat majlis akad nikah).

tak de la nanti ada tetamu yang terasa. yer dok..?

(nasihat untuk diri sendiri bila dah kahwin nanti. hehehe)