semalam, aku ada tinggalkan persoalan untuk korang jawab. persoalan tentang kenapa aku masuk wad seminggu. ramai yang telah cuba menjawab. sebelum aku bagitau jawapan sebenar, kita tengok dulu senarai jawapan yang telah dijawab oleh semua pengomen.

senarai jawapan mengikut katagori
*klik untuk tumbesaran sempurna
*jawapan others termasuklah : 
Derma darah
Testing body (?)
sukarelawan bantu nurse
Job repair equipment
Tak boleh masuk 2 minggu
takde tempat nak tidur so lepak baring kat wad .... (-_-")

ada beberapa orang yang berjaya menjawab dengan betul dan berjaya mencapai ekspetasi aku antaranya:

*klik untuk tumbesaran sempurna

ini sebenarnya jawapan perfect. tapi disebabkan izzah ni (BEKAS) student farmasi USM yg konfom tau jawapan, so, penyertaan ini dikira terbatal. sory izzah... 

aku tak expect pun korang jawab "B.E." macam yang izzah jawab tu. apa yang aku expect, jawapan tu ada sbut aku dijadikan bahan uji kaji atau bahan experiment. bukan lakukan experiment. contohnya macam kat bawah ni: 

*klik untuk tumbesaran sempurna

*klik untuk tumbesaran sempurna

setelah melalui proses pemilihan jawapan. akhirnya aku memutuskan untuk menobatkan saudari Amanina mads sebagai juara kerana berjaya menghasilkan jawapan yang aku harapkan dan menjawab sebelum jawapan dari Dhia. 

tahniah saudari amanina.. seperti yang telah dijanjikan sebelum ni, nanti akan aku letak link blog beliau untuk dipromosikan selama seminggu di blog Hikayat Budak Pening ni.

bagi mereka yang nak tahu apa itu B.E., ianya adalah singkatan kepada Bio-Equivalence study, sebuah kajian yang dijalankan untuk mengkaji kepekatan ubat dalam darah manusia. 

dan disebabkan kalau nak terang lagi apa itu bio-equivalence study akan memerlukan penjelasan yang lebih panjang lebar, malam nanti pukul 8 aku akan publish entri lain khas untuk terangkan apa itu bio-equivalence study.. aku malas nak tulis entri panjang-panjang. entri ni pun dah cukup panjang dah bagi aku.

*kalau nak lebih faham apa itu bio-equivalence study, boleh baca kat sini : apa itu Bio-Equivalence (BE) study?

maa'ssalamah, 
Pha is