pertamanya, korang pernah tengok tak video kat bawah ni? video ni asalnya sebuah iklan raya yang dilakonkan oleh pelajar USM. video berkisarkan perkara positif yang boleh kita lakukan, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sebagai inspirasi dan contoh teladan yang baik, supaya orang lain dapat sama-sama lakukan perkara positif dalam hidup.  


Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
- Senyum (Malique ft. Najwa) -

lebih kurang macam tu la. bila kita buat baik, lakukan perkara yang positif, tak salah kalau kita sebarkan, dengan harapan orang lain turut sama terpanggil untuk lakukan perkara yang positif.

#PositivelyMalaysia

jadi, jom sama-sama kita sebarkan perkara positif dalam kempen #PositivelyMalaysia. sebarkan kisah positif korang dengan hashtag #PositivelyMalaysia

untuk keterangan dan maklumat lanjut, lihat sini : Malaysia.my - Positively Malaysia