pertamanya, aku nak ucapkan tahniah buat member aku si hadi mansor yang telah berjaya memiliki Kawasaki Ninja 250R (special edition) 2013. aku tumpang bangga dan tumpang pinjam. hehehe..

moto hadi yang hijau tu yer..

dahulu, masa aku nak pi mengundi di PRU13, aku terserempak dengan kawasaki ninja 250R di tepi pagar sekolah. tak sangka orang kampung aku ada jugak yang pakai ninja. agak bangga aku masa tu. maka, aku pun tunggu la nak tengok sapa gerangan pemilik ninja tersebut.

kawasaki ninja 250R

tak lama selepas tu, muncul seorang pakcik dalam lingkungan umur 50-an menghampiri ninja tu. setelah enjin dihidupkan, dengan selambanya pak cik tu tunggang ninja tu dengan ketayap masih dikepala.

dayyyuumm!!! pergh...

baru-baru ni, sedang dalam perjalanan menghantar adik perempuan aku ke terminal bas butterworth, aku terserempak dengan sebuah motosikal kawasaki Versys yang diparkir di tepi kedai roti canai dalam kampung aku. pergh. dahsyat jugak orang area kampung aku ni. hari tu ninja, kali ni versys plak.

kawasaki versys

tak jauh selepas tu, lintas pula sebuah motosikal memotong kami di sebuah persimpangan.

"pergh... Honda CBR 250R...!!!"

"kenapa dengan moto tu.? moto je pun" tanya adik aku.

"moto je..??" panas aku. hahaha..
Honda CBR 250R 


tak lama kemudian, bertemu lagi kami dengan Honda CBR 250R tu di traffic light. sementara menunggu lampu merah bertukar hijau, aku lihat penunggang CBR tu boleh pulak hisap rokok. kalau rokok dunhill ke, marlboro ke, winston ke, tak pe la jugak. ni rokok daun beb..!!!

tapi bagi lelaki, sehebat manapun motosikal tu, walaupun kawasaki Z1000 sekalipun, lagi awesome kalau yang bawak tu perempuan. kan?


bila tengok gambar ni, aku speechless. kasut pink, tudung pink, tapi angkat ninja. pergh.. memang ada taste.! rasa macam nak pi mengorat terus je. kalau nasib baik, boleh dapat pakej dengan moto sekali. kan? hehehehe...

okay. cukup la dulu cerita pasal moto. lain kali pulak. konon nk sambung study. anyway, doakan aku sukses exam kali ni.. ameen...

 maa'ssalamah,
Pha is

sumber gambar : google dan facebook.