11.10.12

Seni Khat


Masa kat sekolah dulu, kami ada dua subjek pendidikan seni. Satu seni visual, satu lagi seni khat. Rasanya, kelas seni khat ni antara kelas yang boring waktu tu. Ye la, belajar tulis alif ba ta macam budak-budak tadika. Yang membezakannya Cuma kami pakai pen khat, atau pensel yang diasah macam pen khat.

Masa tingkatan 1, kami belajar tulisan khat nasakh.

sumber [3]

sumber [4]

Khat ni dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Ciri-cirinya ialah mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah. [1]

Masa tingkatan 2, kami belajar khat rak’ah.

sumber [3]

sumber [5]

Rak'ah dari segi bahasa bermaksud cebisan kertas yang ditulis. ciri-ciri khat ni antaranya, huruf yang kecil dan dapat ditulis dengan cepat. Penggunaannya lebih tertumpu kepada tulisan nota ringkas.[2] Khat yang paling simple, nampak macam senang, tapi susah jugak nak buat.

Masa tingkatan tiga, kami belajar khat thuluth.

sumber [3]

sumber [6]

Khat ni dinamakan Khat Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) kerana kehandalan seseorang penulis khat tidak akan diakui kecuali setelah dia mahir dalam khat ini. Ia lebih bersifat dekoratif dan mempunyai ciri-ciri kesenian tersendiri. Sesuai digunakan untuk perhiasan dalam masjid, bangunan, papan tanda dan sebagainya. [1]

Khat thuluth ni memang fevered aku. Kadang-kadang, aku saja praktis balik khat thuluth ni. antara hasil kerja aku :
boleh baca tak apa yang aku tulis tu..?


yang ni, cop mohor nama aku. dah macam cacamarba je..


Sepatutnya, untuk tingkatan 4, kami akan belajar khat diwani. Tapi, tak tau kenapa, masa tu subjek pendidikan seni khat dimansuhkan. Mungkin sebab tak ada tenaga pengajar yang berpengalaman kot. so, tak sempat la aku nak 'berguru' untuk tulisan ni.

sumber [3]

Khat diwani ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condng ke kiri, lembut, bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak berbaris. Tujuan tulisan ini dicipta ialah untuk menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini ia banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan hias.[1]

Antara khat-khat lain yang popular termasuklah :

Khat Kufi
sumber [3]

Khat farisi
sumber [3]


sumber : 
[4] Firdaus Mahadi : Islamic Calligraphy 
[5] Khatcalligraphy : pengenalan khat riq'ah
[6] forum seni khat : hadith-1 (khat thuluth)


maa'ssalamah, 

Pha is

16 comments:

  1. KY minat tau dengan tulisan khat ni, selalu prektif, tapi masih tak cantik2 jugak tulisan KY haaaa...

    ReplyDelete
  2. cantiklah tulisan awk :)

    www.suriaqistina.blogspot.com
    www.buluhvoice.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya minat tulisa khat ni..tp dulu x de pon subjek ni kat skolah....pepandai sndiri beli buku buat sndiri...form 5 dpt masuk peringkat daerah tp dpt no 2 je...tp ok la sbb kalah dengan budak sekolah agama yg mmg dah tau seni khat ni... :) neway cantik tulisan awak...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sama la.. dah lama dah tinggal. bila nk tulis balik, agak kekok.. hehe

      Delete
  5. nak tempah boleh dak heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, hafiz pon belajar jugak.. suruh la dia buat. hehehe

      Delete
    2. dia bekira 'qiang' sobb sobb

      Delete
    3. hahahaha.... dia malu nk tunjukkan skill dia la tuh.. hehehe

      Delete
  6. aku pernah masuk 2x khat ni sekolah dulu,,pakai khat nasakh,,dapat nmbo 4 jek,ahahaha

    ReplyDelete