20.8.12

Beraya, Ziarah dan Rumah Terbuka

sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalallah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271.
(Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.) [1]

Jadi dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan, “taqabbalallah minna waminkum”. Semoga setiap amalan kita diterima Allah SWT terutamanya amalan-amalan di bulan ramadhan yang baru sahaja beransur pergi.

Setelah ramadhan, sekarang dah masuk bulan syawal. Rasanya, dalam bulan ni la yang paling penuh dengan rumah terbuka. Kata orang, puasa sebulan, raya pon kena la sebulan. Ye dok? Lagipon, benda baik. Kita nak saling  menziarahi dan mengeratkan ukhwah silaturahim.


bersama ibubapa saudara dan sepupu sepapat belah mak.


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisa’, 4:1)

esok khabarnya aku ada reunion dengan kawan sekolah rendah. Last jumpa masa darjah enam tahun 2002. Maknanya dah 10 tahun tak jumpa. Tak tau la macam mana. Lusa reunion member sekolah menengah pulak. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Apa-apa pon, reunion ka, rumah terbuka ka, Ziarah ka, puasa 6 di bulan syawal jangan lupa.! (pesan untuk diri sendiri dan korang semua)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun"

Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.[1]


Sumber :
[1] IslamGRID : Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri 

9 comments:

  1. Seronoknya... Ada renion...

    Insyaaallah akan puasa 6..

    ReplyDelete
  2. Reunion? Bestnya, tambah2 musin raya ni kan. Selamat bereunion ya.

    ReplyDelete
  3. waa..bestnya reunion selepas 10 tahun. mesti ramai yg bawak anak, laki, bini. pha is bawak siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x bawak sesapa pon, bawak perut je... hehehehe

      Delete
  4. rumah terbuka ni best.. dapat makan macam2 makanan! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. org lain buat rumah terbuka.. kita "buka" mulut je.. heheheh

      Delete