Sekali sekala, sebagai seorang student farmasi, kena la kongsi maklumat pasai ubat. Hehe..  kalau nak tau, serai pon boleh buat ubat tau. So, lets cekidaut..


Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf
Keluarga : Graminae

Secara tradisional, serai selalunya digunakan untuk :

Membantu penghadaman makanan
Pelawas kencing / diuretic
Merawat demam
Menggalakkan pengeluaran peluh
Sebagai tonik untuk kesihatan badan
Minyak angin / urut
Untuk buang angin, masalah urat, dan sakit sendi
Merawat masalah buah pinggang
Merawat sembelit
Merawat sakit kepala
Sebagai mandian wanita selepas bersalin
Ekstrak – pengahalau nyamuk dan serangga kecil

Cara penggunaan tradisi :

Kegunaan utama
                                  - perisa dalam masakan
ditumbuk hancur  
                                  - disapu pada bahagian kepala untuk merawat sakit kepala.
                                  - disapu pada sendi untuk merawat rheumatism atau sakit sendi
Air rebusan
   -diminum untuk merawat kencing tak lawas, sakit perut, buang angin, serta sebagai tonik untuk kesihatan badan
   - air mandian untuk mengembalikan kesegaran tubuh wanita lepas bersalin (direbus bersama herba-herba yang lain)
Minyak dari pati serai
   - Dijadikan minyak urut / minyak angin untuk merawat rheumatism / sakit sendi dan terseliuh urat.