jadual exam aku dah keluar. sepertimana sem-sem yang lepas, lebih kurang sama je setiap sem. jadual exam yang sangat-sangat pack yang amat. memang sakit hati je tengok. nasib, nasib....

kenapa la budak kos farmasi ni selalu dianak-tirikan oleh usm? heran aku. budak kos lain, gap antara paper kadang2 ada yang sampai seminggu..!!! budak kos aku? tiap2 hari..!!! paling teruk, dua sem lepas. kami kena jawab 6 paper dalam masa 5 hari berturut-turut. tak ke naya tuh..!!!

jadual exam sem ni, kira ok la sikit. tapi, aku masih tak puas hati.
12 jun (selasa petang)
13 jun (rabu petang)
14 jun (khamis petang)
15 jun (jumaat petang)

18 jun (isnin petang)
20 jun (rabu pagi)
21 jun (khamis pagi)
21jun (khamis petang)
22 jun (jumaat pagi)

hmm.. redha je la... apa boleh buat. kena hadapi denga tabah la... sedih aku. sob....sob....  (Short Of Breath)
kan bagus kalau exam cancel...

tapi, secara positifnya, bila jadual pack, exam habis awal. so boleh cuti awal..!!!!!



p/s : tengah sedap makan keropok twisties. sapa nak twisties.?

Pha is