20.1.12

bukan yang pertama - episod 3/6


“Kalau begitu kata Ira, bagaimana dengan hubungan kita, pertunangan kita?”

Sekali lagi dia diam tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Sambil menghela nafas panjang, dia melontarkan pandangannya jauh ke tengah-tengah tasik  yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dengan keindahannya dan dengan kewujudan `Eye On Malaysia` di sini.

Gelojak di hatiku semakin menggila. Aku bertambah risau. Takut-takut kalau Ira ingin meminta tali pertunangan yang telah kami bina selama ini diputuskan. Walau apa pun yang terjadi, aku tidak rela untuk berpisah dengannya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kuatnya cintaku terhadapnya.

“Sekurang-kurangnya, beritahulah Shah siapa lelaki itu.”

Dia sedikit terkejut dengan pertanyaanku sebentar tadi. Biarlah. Aku sudah tidak dapat lagi menahan kesabaranku. Jauh di lubuk hatiku tertanya-tanya siapakah yang telah berjaya mengalahkan aku dalam perjaungan untuk memenangi hati Ira. Aku hendak lihat sehebat mana lelaki itu sehingga aku berjaya ditewaskannya.

“Terlalu awal untuk Ira beritahu Shah.”

“Mengapa?”

“Kerana Ira rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk Ira beritahu Shah siapa dia.”

“Kalau begitu, bila?” soalku lagi. Aku tidak faham. Mengapa sekarang bukan masa yang sesuai. Bila lagi masa yang sesuai selain dari sekarang.

Sekali lagi dia terdiam. Tiada sebarang kata yang terucap. Tiada sebarang kenyataan yang terungkap. Tiada sebarang jawapan yang tersingkap. Kini, hanya aku dengan harapan yang kian malap.

Aku menghela nafas panjang. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Tersinggah bunyi dengusan kasar di gegendang telingaku. Anak mataku melilau mencari sesuatu. Dari kiri ke kanan, tiada suatu pun yang menrik perhatianku. Walau seindah mana sekalipun tempat ini, segalanya telah tawar di hatiku.

Entah mengapa, tiba-tiba anak mataku terhenti pada sebuah keluarga yang sedang berkelah tidak jauh dari tempat kami berada. Aku dapat melihat kemesraan yang terjalin antara ahli keluarga tersebut yang amat erat. Tentu keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga orang anak tersebut hidup dalam kegembiraan. Sinar kebahagiaan jelas terpancar dari setiap raut wajah mereka.


bersambung...


Pha is




p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 


No comments:

Post a Comment