Kelmarin petang, lepas asar, aku balik rumah dari usm ngan moto ultimo aku. ingat nak balik sekejap. Sebab banyak lagi kerja yang tak siap. Balik 1 malam. Walaupon cuti seminggu

Elok saja keluar dari bilik, Nampak “pokok hujan”.  berkepul-kepul berarak di langit mendung. Apatah lagi dengan kilat sabung menyabung. Memang membuatkan aku berfikir 3-4 kali sebelom balik.

Tapi, mengenangkan adik yang jauh di UM sanggup balik, tak kan aku yang di USM ini tak pulang, walaupon masih dalam negeri yang sama, Penang. Lantas, aku hidupkan enjin moto, dan meluncur laju, selepas doa naik kenderaan habis dibaca.

Masa di awal perjalanan, aku rasa sedikit menyesal sebab memilih untuk balik, apabila membayangkan aku yang basah lencun di atas moto dalam hujan yang lebat. Apatah lagi kesakitan di tangan akibat tujahan-tujahan dari titik-titik hujan. Lagi pon, aku tak puas melalui lebuh raya tatkala hujan lebat. Sebab tak boleh pecut.

Tapi perasaan aku berubah bila aku di pangkal jambatan pulau pinang. Melihat atas, awan di langit yang menggila, melihat bawah, laut biru yang bergelora. Kilat dan guruh saling bertengkar. Dan angin yang kalut bertiup laju. Dalam gusar aku bertasbih, memuji indahnya ciptaan Allah.  
   
Memang cantik. Terutamanya kilat. Mana saja mata aku pergi, kelibat kilat kelihatan. Walaupon dalam side mirror. Tak sempat aku nak ambil gambar, takut henfon basah.

Mungkin ini hikmah perjalanan aku....

Pha is