Adi Rayyan

Tanggal 15 Mei 2024 baru-baru ni, Alhamdulillah, dengan segala puji bagi Allah, Tuhan sarwa sekelian alam, isteri aku selamat melahirkan anak kedua kami di Sunway Medical Center Penang. Welcome to the land of the living, anakku Adi Rayyan.

bersama Dr Salina Sany

Pengalaman bersalin di Sunway Medical Centre Penang sangat menyenangkan, dibawah seliaan consultant Dr. Salina Sany. Bayaran yang dikenakan pun berpatutan, dengan harga lebih kurang RM11500 untuk kelahiran Pembedahan Caesarean dan bilik berseorangan selama 3 malam 3 hari. Kalau nak tanya tentang maklumat lebih lanjut, boleh ajukan di ruangan komen, nanti aku cuba jawab.

Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

Dan Alhamdulillah juga, hampir semua urusan selepas kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Dimulakan dengan azan dan iqamat di telinga bayi sejurus selepas kelahiran. Maklumat tambahan berkenaan ibadah azan di telinga bayi, boleh baca di sini : Hadis | Azan Di Telinga Bayi.

Tahnik

Kemudian diikuti dengan bersihkan dan tanam uri. Upacara bertahnik atau disebut orang melayu sebagai belah mulut pun sudah, dilakukan oleh bapa mertua aku sendiri dengan menggunakan kurma ajwa Aliyah dan sedikit air Zamzam. Detail berkenaan ibadah tahnik, boleh rujuk sini : Tahnik | Belah Mulut Bayi.

Cukur kepala bayi

Seterusnya, upacara bercukur pun sudah. Kami upah seorang bidan kampung untuk buat. Rambut telah ditimbang dengan bantuan pegawai di Ar-Rahnu YaPEIM dan nilai emas bagi timbangan rambut telah selamat disedekahkan. Boleh rujuk info tambahan disini : CUKUR KEPALA BAYI | dalil, cara, dan tips

Yang terakhir, yang tertinggal cuma majlis kenduri aqiqah yang kami rancang untuk dijalankan pada bulan Julai nanti. InsyaAllah. Doakan majlis nanti berjalan lancar. Amiin.