Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet


Seperti yang dijanjikan dalam entri Hiking : Gunung Baling, kali ni aku nak share pulak pengalaman aku hiking gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu. Sory sebab aku terpaksa buat banyak part sebab panjang sangat. So, part 1 ni kita bincang bab bajet duit dan kos je dulu. yang lain akan menyusul, insyaAllah..



“tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi cinta saya sama kamu..”

Kami naik kinabalu ambik pakej 3 hari 2 malam beserta makanan. Rilex tapi mahal sikit. Kawan aku cakap, dulu dia pernah naik ambik pakej murah, yang 2 hari 1 malam tanpa makanan. Memang murah, tapi penat la. Sebab kalut dan sebab korang nak kena bawa makanan sendiri naik atas gunung.

Bajet kos hiking kinabalu


dari kiri : Lolo, Pha Is, Akhmal, dan Affan
member 1 sekolah. kami ber-reunion atas gunung kinabalu.

Secara keseluruhannya, bajet kami naik gunung kinabalu hari tu hampir RM1200++ jugak la (pakej 3 hari 2 malam untuk 4 orang) sekali dengan tiket flight. Lagi ramai lagi murah, sebab 1 mountain guide boleh jaga 5 kepala. Kalau pergi dengan gandaan 5 orang, murah sikit sebab duit untuk guide boleh bahagi 5.



Kami tempah dengan Sutera Sanctuary Lodges. Kat bawah ni pecahan kos nak daki gunung kinabalu yang kami pilih:

1. Bayaran sebelum tiba di kinabalu: RM709/kepala
Bayaran termasuk:
- penginapan di kinabalu park 1 malam
- penginapan di Laban Rata 1 malam
- makanan (buffet)
Day 1 – diner
Day 2 – breakfast, packed lunch, diner
Day 3 – early supper, breakfast, lunch

memang korang banyak habiskan duit kat makanan dan penginapan je. sebab makan memang macam makan buffet kat hotel.! so, penat-penat hiking tu, enjoy la jugak dapat makan sedap2 banyak2.

Cara bayar :
RM709 x 30% = bayar dalam masa seminggu selepas invois dikeluarkan
RM709 x 70% = bayar dalam masa sebulan selepas bayaran pertama

2. Climbing fees (compulsory) – bayar cash bila tiba di kinabalu park
Climbing Permit: RM50/kepala
Entrance fee : RM3/kepala
Insurance : RM7/kepala
Mountain Guide : RM230 / 5 kepala
Transportation from reception to timpohon : RM34 / kepala (pergi dan balik)
Total : RM324 (ni untuk sorang. Lagi ramai lagi murah sebab bayaran guide)

3. Bayaran Tambahan (Optional) di kinabalu park 
Locker : RM12 / beg (untuk tinggal barang di kaki gunung masa korang hiking)
Hiking pole : RM10/tongkat (sewa)
Print sijil :  RM10.60
Total : RM32.60 (kalau ramai, share beg untuk simpan lagi murah)

4. Trasportation
kota kinabalu airport - dataran bandaraya (uber) : RM16 x 2 : RM32 (pergi dan balik)
dataran bandaraya - kinabalu park (van) : RM20 x 2 : RM40 (pergi dan balik)
tiket penerbangan penang-kinabalu pergi dan balik dengan AirAsia : ±RM300
total : RM372 (uber boleh kongsi. kalau ramai lagi murah)

TOTAL KERUGIAN : RM709 + RM324 + RM32.60 + RM372 = ±RM 1437.60

Pengalaman berjaya sampai ke puncak = PRICELESS!


ini member aku, namanya Akhmal. tengok muka dia tu. priceless kan? hehehe..
btw, dia engineer, masih single. juz sayin'...


Next > Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking