Samak Perempuan


Sementara menunggu masuk waktu solat isyak, aku sempat bersembang dengan beberapa geng surau kat kampung aku. Macam-macam jugak la yang menjadi topic perbualan.

tok siak : pait, hang sekarang kerja kat hospital penang lagi ka?

Aku : dak dah, dah tak kerja hospital dah. kerja pejabat ja sekarang.

tok siak : farmasi dok pejabat dok buat apa? bagi ubat dalam pejabat ka?

Aku ; tak la. farmasi ni bukan bagi ubat je. banyak lagi bidang dia.

tok siak ; hmm.. tak tau la kat hangpa. tak pa la. janji farmasi senang dapat kerja, habis belajar tak gadoh nak buat apa, terus dapat kerja..

Aku : tu dulu la, zaman batch saya.. batch sekarang habis belajar kerja belum tentu lagi.
Dulu batch saya yang belajar farmasi, doktor, doktor gigi, dengan doktor haiwan memang
laku. Sekarang tak tau la..

tok siak : ha, helmi, try nanti belajar jadi doktor haiwan. Senang!

[nota : helmi bilal junior surau kami, baru berumur 16 tahun, sekarang di tingkatan 4]

Helmi : tak mau la. Nanti tak pasai nak kena sentuh anjin dengan babi.

tok siak : apa susah? Sentuh je la babi tu. Sentuh babi boleh samak (sertu).

Aku : betoi!

tok siak : jangn sentuh perempuan ja.. yang tu tak boleh samak dah.

maka kami pun berhuhuhu...


salam jumaat..