hudud, islamic law, richest country,
ini bukan baner segmen, tapi ini bendera negara Brunei Darussalam
kalau nak join, klik SINI


tugasan segmen : terjemahkan maksud "inda ku merati kurapak Brunei" kepada bahasa melayu standard.

untuk menafsirkan maksud ayat ini, ayuh kita menyelusuri maksud setiap perkataan dalam ayat tersebut dengan bantuan khidmat nasihat dari pusat rujukan persuratan melayu, dewan bahasa dan pustaka malaysia.

terjemahan bahasa Brunei


1. inda


menurut pusat rujukan persuratan melayu dewan bahasa dan pustaka, perkataan 'inda-inda' bermaksud 'barang-barang' dalam bahasa bajau tuaran. namun begitu, mengikut kamus dewan edisi ke-4, perkataan inda terdapat dalam penerangan kepada maksud 'berunding' iaitu dalam frasa 'inda berunding' (bahasa brunei) yang membawa makna tidak berkira.

dari situ saya dapat simpulkan inda mungkin sebutan dialek bagi perkataan 'tidak' dalam bahasa brunei.

2. ku:


menurut kamus dewan edisi keempat, ku mempunyai 3 maksud iaitu:
ku (i) = singkatan bagi aku: ~baca; ayah ~.
ku (ii) = singkatan bagi engku atau tengku.
ku (iii) = kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (dibubuh inti dan dikukus).

kemungkinan maksud yang paling tepat dalam situasi ayat tersebut mungkin membawa maksud dari makna yang pertama iaitu singkatan kepada 'aku'

3. merati :


menurut kamus dewan edisi keempat, merati membawa maksud meratikan, memerhatikan.

4. kurapak :


tiada maklumat berkenaan perkataan kurapak dalam kamus dewan edisi keempat. namun begitu, wujud perkataan yang bunyinya hampir sama seperti perkataan kerpak, keropak, dan krapak.

kerpak membawa maksud: 1. bunyi spt bunyi ranting patah; 2. sj alat drpd buluh yg dibunyikan dgn menarik tali (utk menakutkan burung di sawah).
keropak pula membawa maksud : daun lontar yg bertulis (naskhah lama di Jawa dan Bali).
krapak membawa maksud : berkrapak (Brunei) bercakap.

dari situ, mungkin istilah yang dimaksudkan oleh Fae dengan perkataan kurapak ialah krapak, yang membawa maksud 'bercakap'.

secara keseluruhannya, ayat "inda ku merati kurapak Brunei" dapat ditafsirkan dengan maksud "tidak aku memerhatikan bercakap (bahasa) brunei".

selepas ditafsirkan  frasa demi frasa, terdapat kejanggalan pula pada maksud merati tersebut. dari teori saya sendiri, 'merati' disini mungkin merujuk kepada perkatan mereti, dimana ia terdiri dari perkataan 'reti' yang ditambah imbuhan me-. reti membawa maksud 'tahu' menurut kamus dewan edisi keempat. dari situ, saya dapat simpulkan merati disini mungkin merujuk kepada mereti yang membawa maksud mengetahui.

maka, tafsiran terakhir yang dapat saya tafsirkan, ayat "inda ku merati kurapak Brunei" membawa maksud "tidak aku mengetahui bercakap (bahasa) brunei".

sekian.. hehehe..

rujukan :
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia; Carian Pusat Rujukan Persurata Melayu. http://prpm.dbp.gov.my/