pada suatu hari yang indah, tetiba aku disapa oleh member (ahli farmasi) yang baru sahaja menjalani sebuah kursus. kata beliau, muka aku ada dalam salah satu slide presentation dalam kursus di HKL tu. slide dalam 1 ceramah berkenaan "senyum".


kemudian, aku ditag dalam sebuah gambar di instagram. member aku (juga seorang ahli farmasi) perasan muka aku digunakan oleh penceramah tersebut sebagai contoh ekspresi muka bagi katagori "sikap tidak peduli"

senyum level 2, sikap tidak peduli, Pha Is, senyum selamba, muka tanpa reaksi

gambar tu siap ada waternark url blog Hikayat Budak Pening ni lagi. (nasib baik aku letak watermark. hehehe) aku rasa gambar tu asal dari entri aku yang bertajuk "senyum masa nak ambik gambar. perlu ke?". ni gambar asal :

ekspresi muka, senyum, ganas, selamba
ekspresi muka tidak peduli?

Bila Gambar Seorang Blogger Digunakan Tanpa Izin.


hmm.. mulanya, aku tak tau nak respons macam mana.. hahaha... tapi tak pe la. lagipun, aku rasa gambar tu digunakan untuk tujuan yang baik. tujuan untuk pembelajaran. bukan untuk komersial. so, aku tak kisah sangat.

seperti yang telah aku nyatakan dalam disclaimer aku :

Setiap entri yang tersiar di blog Hikayat Budak Pening ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun harus dikreditkan kepada Hikayat Budak Pening untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersial, setiap bahagian daripada blog Hikayat Budak Pening ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Penulis terlebih dahulu.

p/s : kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang rasa? tindakan korang?