sebenarnya, dari minggu pertama aku kat kelantan lagi, aku dah target nak makan di restoran New Horizon Garden ni. tapi, disebabkan restoran ni sangat-sangat special, aku ingat, nak 'reserve' dulu. aku nak explore restoran yang lain dulu, last sekali, baru pergi ke situ. bak kata orang putih, save the best for the last. kiranya, restoran ni 'penutup' bagi jelajah makanan kelantan aku la.

akan tetapi, petang tadi aku dengar ada khabar angin yang mengatakan ada member aku yang nak ke sana. aku 'resereve' restoran ni dah lama kot. tercabar la aku kalau ada member aku yang pergi dulu sebelum aku. so, malam tadi jugak, aku ajak Hakim (kami punya tour guide) untuk makan kat situ.

restoran New Horizon Garden ni terletak di lot 891, Batu 4, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu. (coordinate : 6° 4'38.96"N 102°14'16.70"E). kat simpang empat sebelum Wakaf Che Yeh. senang je nak cari.

kedai ni, agak mahal sikit. tapi sangat puas hati sebab memang SEDAP gila. dah la sedap, dia serve macam makan kat hotel pulak tu. memang special la. walaupun kami ambil set B (untuk 4-5 orang) RM117.00, tapi amat-amat berbaloi. worth every penny.


tengok sendiri la. dari segi susunan meja pun, dah nampak macam exclusive. service pun puas hati. makanan yang kami order cepat je sampai. tak de la nak tunggu lama. set yang kami ambil ada 5 lauk. boleh pilih lauk mana yang ada.


yang pertama, tomyam merah. kalau sebelum ni aku cakap tomyam yang paling sedap aku pernah makan yang kat D'Village, kali aku nak tarik balik statement tu. seriusly, tomyam kat sini lagi sedap! so far, tomyam kat sini yang paling sedap yang pernah aku rasa. D'village kalah.!

next, sizzling chicken. saja nak try lain dari yang lain. yang ni boleh tahan la sedapnya

kailan ikan masin. sayur kena ada, baru sihat. hehehe 

stir fried beef sweet and sour souce. daging goreng dia rangup, dah macam makan keropok. sedap baq ang... hehehe..  


last but not least, mesti la kena ada ikan siakap. kami ambil ikan siakap goreang dengan kerabu mangga. boleh tahan rasanya. tapi kerabu mangga yang kat atas ikan tu sangat sedap. aku makan sampai nak menangis (sebab ada cili padi). tapi sangat sedap dan puas hati.


untuk air, kalau ikut set yang kami ambil, dah ada chinese tea. tapi kami order tambah, mengikut selera masing-masing. yang dalam gambar kat atas ni, black current ice blended. ikrar yang order. ada buah tu.. heheh..

hakim dan arief

aku dan ikrar

brochure
brochure yang sempat aku ambil.

restoran ni buka dari pukul 12.00 tengah hari - 3.30 petang dan 6.00 petang - 11.00 malam untuk setiap hari sabtu hingga khamis. untuk hari jumaat, restoran ni buka dari jam 4.30 petang - 11.30 malam. untuk keterangan lanjut, boleh hubungi :

New Horizon Garden Restaurant
Lot 891, Batu 4, Jalan Pasir Mas-Salor,
15100 Kota Bharu, kelantan.

tel : 09-744 7177
fax : 09-744 8177
email : nh_garden@yahoo.com

serang..!!!!



maa'ssalamah,

Pha is