“kenapa aku tengok hangpa sorang pon tak try tackle faridah?” soal nazir, sebelum diteguknya air suam yang separuh penuh gelas di atas meja.

“entah.” Jawab junaidi ringkas. Endah tak endah. Di pandangnya asif. Mereka bertukar pandangan. Asif, sepertimana kebiasaannya, hanya tersenyum mendengar pertanyaan nazir.

“cun kot... tak kan hangpa sorang pon tak tersangkut?” soal nazir lagi.

“cun ke? tak bernafsu pon aku tengok.” Aku berseloroh, diikuti gelak tawa junaidi dan nazir. Asif pula masih seperti tadi. Tak lekang senyuman yang terukir di bibir. Senyum sorang-sorang.

“uih, ada yang tak kena dekat hang ni..!” kata junaidi sambil mengensotkan kerusi yang diduduknya ke sebelah kiri, menjarakkan dirinya dari aku. ­

“pha is ni lain. Dia budak sekolah agama. Dia layan budak tudung labuh ja...” nazir pula membuat andaian.

*nama dan watak terpaksa ditukar atas sebab2 keselamatan.

***********************************

Sapa tak nak isteri yang solehah? Sebaik-baik perhiasan yang Allah ciptakan di atas muka bumi.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" 
(Hadis riwayat Muslim).

Tapi, yang aku cari bukan tudung melabuh, jubah melitup. Sebab aku sendiri tidak “berserban ketayap”. Tudung labuh suatu bonus. Tapi, kalau sekiranya ditaqdirkan aku dapat yang tak bertudung labuh sekalipon, aku terima je. Sebab setelah lafaz disahkan, menjadi tugas aku untuk melabuhkannya.!

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzab, 33:59)


Pha is