Aku ambil ijazah sarjana muda sains farmasi kat USM. Sekarang tahun 2. Dari apa yang aku dapat simpulkan selama 2 tahun aku belajar farmasi ialah ilmu farmasi ni dalam sesuatu keadaan, boleh menyebabkan syirik.

Sebabnya, pelajar farmasi diajar tentang ubat2. Contohnya tentang MOA-mechanism of action (bagaimana ubat tersebut bertindak), SAR-structure activity relationship (Apa yang membuatkan ianya memberikan pharmacological effect  dalan system badan kita), dan banyak lagi.

Pelajar farmasi diberikan fahaman bahawa ubat ni boleh buat badan kita jadi macam ni, ubat tu pulak boleh buat badan kita jadi macam tu. Pendek kata, maca ubat tu ader “kuasa penyembuh”.

Sedangkan dalam islam, yang menyembuhkan ialah Allah.  atas kehendak Allah jualah yang menyembuhkan segala penyakit. Bukan ubat.  

Ubat Cuma asbab je. Kalau Allah tak izinkan, makan la ubat yang “potent” macam mana sekali pon, tetap tak sembuh.

Aku terfikir benda ni pon sebenarnya lepas dengar ceramah abg Harun (orang lama silat cekak) masa dia terangkan tentang amalan mandi limau ahli silat cekak.

Di dalam amalan silat cekak, limau tersebut hanyalah satu asbab sahaja yang lebih kepada kaedah asal orang melayu zaman dahulu nak menyucikan diri. Dulu mana nak cari sabun apa bagai. Diorang pakai limau je. Nak buang daki2. Siap wangi lagi.

Doa dan permohonan tetap juga dipanjatkan kepada ALLAH. Sebab Dia yang maha suci. supaya disucikan hati2 kita. Sepertimana kita baru keluar dari perut ibu.

Lepas tu orang dok pertikai, kenapa mesti mandi? Doa saja tak boleh ka? Sekarang, aku sebagai student dan bakal ahli farmasi nak Tanya balik : kenapa mesti makan ubat? Kenapa tak doa saja?   

wallahu a'la wa a'lam


Sekian...

Pha is