Dulu, aku rasa aku ni seorang yang penyabar. Dulu aku fikir aku ni seorang yang tak mudah marah. Dan dulu aku juga fikir yang aku ni bukannya seorang yang panas baran.

Tapi, andaian aku berubah semenjak dua menjak ni.  Contohnya seperti yang berlaku dalam entry hikmah di upsi dan yang terbaru, masa aku menjadi komandan kem kat kem cekak lestari (KCL) anjuran PSSCMUSM. Kalo dalam entry hikmah di upsi sebelom ni aku menyoalkan “apa yang aku dapat kalau aku marah”, kat sini pulak aku nak ceritakan apa yang terjadi selepas aku marah.  


Dalam kem tu, aku “tersengaja”telah melakukan sesuatu yang membuatkan aku sendiri tak paham tentang diri aku. Barankah aku?

Peristiwa ni berlaku pada hari terakhir kem, ketika majlis penutupan.  Sebelom bermulanya majlis penutup, ajk protocol tanya pendapat aku tentang perjalanan majlis tu nanti. Siapa yang nak berucap dulu, bila nak baca doa, dan sebagainya.

Entah macam mana, masa tu aku terus naik berang, walaupon hanya disebabkan masalah yang kecil. Mungkin kerana aku penat menguruskan aktiviti explorace sebelom tu. Tambah pula kerunsingan yang menyinggah benakku kerana salah satu kumpulan yang turut serta dalam aktiviti tu “terdisqualified” disebabkan kesilapan aku.

Tapi, tu bukannya alasan. Orang lain pon penat jugak. Teruknya aku. Dan yang aku concern sangat pasai benda ni, ialah dalam aku tengah marah tu, aku “tertengking” salah seorang ajk kem. Dan sampai sekarang, aku rasa bersalah sangat kat dia.

Bila balik saja dari kem, aku terus bukak fesbuk dan mintak maap sambil tag nama dia. Tapi, sampai sekarang dia tak balas pon post aq tu. Lagi la aku rasa bersalah.

Bayangkanlah, dia ni seorang yang peramah, caring, sporting, dan jarang marah orang tetapi dia tak respon langsung post tu. Then, aku dah tak sedap hati dah. Mesti dia tak dapat maafkan aku lagi.

Dan tadi, kami ada meeting. Dan dalam meeting tu salah satu agendanya ialah post mortem kem. Lantas aku mengambil kesempatan kat situ untuk meminta maaf secara terbuka kat dia. Tetapi malangnya, dia langsung tak tengok aku masa aku minta maaf.!!!

Ah, ni sudah parah.! Lagi la aku diselubungi dengan perasaan bersalah. Dan lepas tu, (masa orang lain tengah sibok berbincang) aku bertanya kat dia sama ada dia dapat maafkan aku or tak. Dan jawapan yang aku dapat ialah dia meminta aku masa untuk melupakan perkara tu.

Walaupon jawapan tu bukanlah jawapan yang aku harapkan, tapi at least dia sedang mencuba untuk maafkan aku. Aku tau mungkin ianya susah. Sekurang2nya  dia tak membenci aku. Walaupon still rasa bersalah, tapi aku tetap bersyukur.

Dan bila habis saja meeting, tetiba dia datang kat aku. Lepas tu dia kata, kalau nak dia maafkan aku, aku kena bagi dia bunga, coklat, dan ais krim.

Disebabkan rasa seronok sebab telah diberi peluang kedua, lantas aq pon kata ok je. Tapi, dalam hati : bunga, coklat dan ais krim???? Buang tebiat ke budak nie????

So, nak buat macam mana, sapa suruh aku tengking kat dia? Tanggung je la...