Alhamdulillah

"abang dah tulis entri pasal Ali?" Soal isteri aku, tiba-tiba. Mungkin terlalu sibok dengan Ali sendiri, sampai aku lupa nak tulis pasal Ali. Siapa Ali? Ali Iskandar itu anak aku. Alhamdulillah, hujung disember 2018, putera sulong cahaya mata aku dan isteri telah selamat dilahirkan ke alam nyata.

Hikayat Ali


Dua perkara penting yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun 2018. Mac aku sah bergelar suami, dan Disember pulak aku sah bergelar bapak. Apa yang aku boleh cakap, tahun 2018 yang lepas adalah tahun yang baik buat aku. Kusangkakan dapat 1,tapi rupanya 2 permata hati.

Pernah dengar tak cadangan bila dapat bayi, buat email. kemudian tulis semua pasal baby tu kat email tu, dan bila tiba hari jadi dia yang ke-18, bagi password email tu. pernah?Aku pernah terfikir untuk buat dengan cara yang sama, tapi aku nak tukar kepada blog.

Plan asal aku, nak buat 1 blog baru, private-kan blog tu. kemudian nanti aku tulis ja apa-apa perkembangan pasal ali kat situ. bila masanya dah tiba, aku bagi password blog kat dia. okay jugak kan?

Tapi aku last-last aku tukar, daripada blog, aku tulis diary dia je kat buku. nanti bila besday yang sesuai, aku hadiahkan buku diari tu, yang bernama "hikayat ali". hehehe.. okay tak?

bacaan tambahan : Bolehkah Upload Gambar Anak Dalam Pantang?