Pha Is, Nak Tanya Sikit Boleh?


Suatu hari, seusai aku dan jemaah lain menghabiskan solat asar secara berjemaah di surau dalam bangunan pejabat tempat aku kerja, tiba-tiba ada ofismate ajak aku ke bucu surau. Setelah kami duduk, tersembul satu soalan daripada dia.

"Pha is, aku nak tanya sikit boleh?"

Masa tu, kami dalam surau dan baru sahaja selesai solat. Dan dalam situasi yang macam ni, 1st instinct aku kuat mengatakan yang kawan aku tu nak tanya tentang hal-hal keagamaan. Mungkin soal fiqh, hemat aku la.

Lagi pun, sebelum ni dia ada la jugak tanya soalan-soalan keagamaan kat aku. So, aku pun dah terbiasa ditanya tentang hal-hal yang macam tu.

"Boleh. Pasai apa?"

"Tak dak apa sangat la" Jawab dia. "Cuma nak tanya pendapat hang ja." Sambung dia lagi.

Soalan Berbentuk Pendapat


Okay, jadi dia nak tanya soalan berbentuk pendapat. Pada fikiran aku, mungkin soalan yang dia akan tanya nanti lebih komplicated sikit tak seperti soalan-soalan fiqh. Mungkin soalan-soalan berkaitan dengan khilafiah. 

Persoalan berkenaan perbezaan pendapat antara ulama' yang memerlukan perbincangan dan kupasan yang panjang. Mungkin. Jadi, aku persiapkan mental aku masa tu untuk cuba menjawab sebaik boleh apa sahaja soalan yang akan ditanya oleh kawan aku tu.

Otak aku mula ligat menyusun cara pemikiran dan pendirian aku selama ini berkenaan perkara yang wujud perbezaan pendapat. Which is, walau apapun perbezaan pandangan dan pendapat, sedaya upaya kita cuba meraikan perbezaan tersebut tanpa mencari perbalahan.

"Okey ja. Pendapat pasal apa tu?" Soal aku mendapatkan perincian.

"Macam ni. Aku nak tanya pendapat hang ni. Aku ni ada la minat kat seorang perempuan ni. Tapi...."

aku :