Aku tahu apa yang bakal aku tulis ni agak kontroversi dan boleh buat orang terasa hati tapi ini cuma apa yang aku nampak berlaku berdasarkan pengalaman.

Berhijrah kearah kebaikan


Kadang-kadang, dah beberapa kali aku nampak situasi macam kat bawah ni berlaku. Bila aku skrol laman Facebook kawan-kawan, tetiba aku terperasan suatu “penghijrahan” telah berlaku kat salah seorang kawan aku.

Aku tak kata dulu dia tak bagus, tapi perubahan kearah kebaikan tu jelas ketara kat dia. Kalau dulu dia selalu share benda-benda ”keduniaan”, kini dah mula share benda-benda yang islamic kat fb.

Kalau dulu tanpa segan silu share gambar-gambar mahupun kisah-kisah cinta antara dia dan ajnabi,  kini mula share perkongsian kearah mencari cinta Tuhan, tentang penjagaan ikhtilat, dan ’cinta selepas nikah’.

Dulu, aku cukup kagum dengan mereka yang berhijrah ni. Tapi lama-kelamaan aku mula perasan trend ni berlaku selalunya atas 1 sebab.

Baru lepas Clash


Sebelum clash, masa tengah hangat ber-couple, bukan main lagi bersweet-sweet tak ingat Tuhan, tapi bila dah heart broken, baru nak merangkak cari Tuhan. Bila dah terhantuk baru terngadah.

Penghijrahan tu bagus. Tapi jangan tunggu kau dah kena buang dari cinta manusia, baru kau nak tagih cinta Tuhan. Jangan tunggu!

sumber [1]

Lagi 1, jangan plak nanti bila kau dah ber-couple balik nanti, hanyut balik. Yang ni pun aku pernah nampak juga. Dulu masa baru lepas clash, bukan main nak cinta lepas nikah la, nak kejar cinta Tuhan je la, etc..

Tapi bila dah couple balik dok ber sweet-sweet laga pipi dating tepi tasik biawak (budak usm je tau kat mana nih), lupa habis dah mujahadah dulu..

Mohon Clash


Doa aku, mereka yang dah berhijrah tu, agar tetap terus dalam istiqamah. Tak kisah la apa pun sebab yang membuatkan korang berhijrah. Yang lepas tu, lepas lah. Yang penting masa akan datang.

Dan yang masih dibuai angan-angan cinta dunia, cinta manusia yang menghanyutkan, mohon bertaubat. Jangan hanyut lama sangat dengan cinta yang belum halal. Cepat-cepat halalkan. Kemudian bawa pasangan kearah cinta kerana cinta Tuhan.

Tapi yang masih bebal, yang bila dah couple terus langsung lupa Tuhan, Mohon Clash!

sumber dan rujukan :
1. Dr. Halimi.March 2014). Cerita Couple part 2; Baca, Suka, Faham, dan Amal. dipetik dari http://drhalimi.blogspot.my/2014/03/cerita-couple-part-2.html