Ada apa pada bulan november? hmm.. banyak sebenarnya. walaupun bulan november baru sahaja berlalu, meh aku nak cerita kat korang antara apa yang ada dalam bulan november.

Ada apa pada dua alam?


sebenarnya, "ada apa pada dua alam" ni adalah entry pertama blog ini yang aku publish pada 27 November 2010! dalam erti kata yang lain, bulan november adalah bulan anniversary blog aku. pada 27 november tahun ni, blog aku sudahpun genap berusia 5 tahun!

kalau tengok balik, dah banyak perubahan berlaku pada blog aku ni, terutamanya pada gaya penulisan. tak caya, cuba la baca entri pertama aku tuh. tulisan macam budak-budak. hehehe..


Anniversary Timo



dan genap 5 tahun juga aku merempit bersaya moto kesayangan aku, si Timo. why Timo? sebab moto ni motosikal honda wave 125x Ultimo.

dan lagi, pada bulan november ni jugak adalah bulan kelahiran beberapa (yup, bebebrapa) orang crush aku. eh... hehehe

crush je banyak. awek tak pernah ada.. hehhe...