dulu agak lama aku tak pakai jam tangan. kali terakhir aku beli jam tangan, aku beli jam tangan speedometer a.k.a jam tangan RPM. saja beli sebab style. beli online sebab member jual. lagipun, kena dengan jiwa moto aku. hehe...


tapi walaupun jam tangan ni style, susah aku nak tengok jam ni masa naik moto, sebab nak kena tekan, baru tau jam pukul berapa. lagi satu, baru pakai 6 bulan, bateri dah habis. last-last aku biarkan macam tu je lepas bateri habis.

silap aku jugak, tak jaga betul-betul jam tangan tu. so, kat sini aku nak share Tips Menjaga Jam Tangan dengan betul. baru jam tangan boleh tahan lama.

Tips Menjaga Jam Tangan



Tips 1
Simpan jam tangan di dalam kotak jam tangan yang khas. Jangan letak bersepah-sepah atau di tempat yang tidak sepatutnya. Ini bagi mengelakkan risiko daripada jam tangan tersebut jatuh dan pecah. Selain itu, risiko kehilangan jam tersebut juga berkurangan.


Tips 2
Selalu mengelap cermin jam tangan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan tidak berhabuk.


Tips 3
Jangan amalkan pemakaian jam tangan ketika mandi (walaupun jam kalis air) aktiviti ini boleh merosakkan tali jam tangan. selain itu, jangan juga pakai jam tangan ketika tidur. ini akan menyebabkan cermin jam tangan menjadi calar. Biasakan diri untuk menanggalkan jam tangan tersebut dan letak di dalam kotak untuk aktiviti diatas.


Tips 4
Check bateri jam dan tukar bateri jam tangan apabila bateri tersebut sudah lemah. Dengan ini, jangka hayat jam tangan akan bertahan lebih lama daripada sepatutnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sayangilah koleksi jam tangan korang!