Bulan lepas aku berkesempatan ke majlis perkahwinan rakan sekuliah aku, Amir Hariz dan pasangannya Nadia Syukur. Dua-dua rakan kuliah aku semasa study farmasi di USM. memang kami rakan sekuliah semua cuma tunggu masa je diorang berdua ni nak kahwin.

Amir Hariz dan Nadia Syukur


usm farmasi kahwin, baq

kenduri sebelah perempuan diadakan di Alor Setar. sebut pasal Alor Setar ni, aku teringat perbualan aku dengan mak suatu ketika dahulu. Perbualan tentang "Gadis Alor Setar".

Gadis Alor Setar


Mak : oghang Alor Setar ni, susah nak jumpa yang kulit putih. Tapi kalau kulit depa putih, memang putih betoi-betoi

Aku : awat? Orang lain kalau kulit depa putih, putih depa tu putih tak betoi ka mak?

Mak : dak aih. Dulu kan orang Alor Setar tanam padi. Depa dah besa dok tengah panaih memukoi padi. Dah la rumah pun tengah bendang. Kalau tara hari-hari dok tengah panaih lagu tu pun kulit boleh putih, tu maknanya kulit depa memang putih betoi la.

Aku : owh..

Mak : Sebab tu kalau orang belah Baling (salah satu daerah di Kedah) yang kulit depa putih, tak bleh percaya sangat. Sebab depa banyak dusun. Putih sebab tempat depa sejuk.

Aku : owh..

Mak : tapi tu dulu la....